Kiriman pada: Mon, Aug 17th, 2015

Rancangan Membeli Saham EHP Bukan Langkah Menyelamat

Kongsi maklumat ini
Tags

7C95DA9C-7A77-479E-8F9E-D5347EE0881C_mw1024_s_nSebut sahaja FGV sudah pasti ianya akan di kaitkan dengan pelbagai isu yang sering dipolemikkan di media sosial sehinggakan apa sahaja yang dilakukan termasuk semua perancangan dan perlaksanaan saperti ada yang tidak kena dimata pihak-pihak yang sedang mengikuti rapat akan kemajuan FELDA.

Isu saham FGV contohnya yang dikecam hebat oleh mereka sama ada yang berlatar belakang pendidikan ekonomi mahu pun yang sekoleh sekadar di facebook pun turut sama mengecam perkara yang mereka agak-agak macam paham.

Pada mereka sahingga FGV bungkus dan menamatkan operasi barulah agaknya mereka ini berpuas hati. Walaupun mereka tidak mendapat untung dari apa yang berlaku yang penting segala kepentingan orang Melayu di FELDA perlu di jahanamkan.

Lihat sahaja bilamana FGV memohon penggantungan sementara dari Bursa Malaysia, Ramai yang bersekolah di facebook telah menjadi pakar didalam bidang jual beli saham dan dengar segera mentafsirkan bahawa FGV sudah muflis. Sedangkan duduk perkara sebenar ialah syarikat (FGV) sedang menyusun semula pelan urusniaga mereka.

Walau apa pun kececaman dari pihak luar terhadap FGV, Anak Syarikat yang menjana pendapatan bagi pihak FELDA melalui perusahaan dan perladangan serta hartanah, Terus mara dengan pelbagai pelan jangka panjang bagi mengukuhkan syarikat.

Ini termasuk menilai semula pengambilalihan 37% pegangan saham Eagle High Plantation (EHP), syarikat perladangan sawit ketiga terbesar di Indonesia, daripada Rajawali Group dengan nilai US$680 juta.

EHP memiliki 425,000 hektar tanah di Kalimantan, Papua, Sulawesi dan Sumatera, dengan kawasan tanaman 137,000 hektar yang mana 36% tidak matang, 50% muda dan 14% pokok sawit matang. Keputusan terhadap perkara ini akan di mutakmatkan didalam bulan Ogos 2015 nanti.

Ini adalah antara beberapa pelan jangka panjang yang turut menjadi mangsa kepada tomahan dari mereka yang mahu menjatuhkan FELDA dan FGV, Jadi dakwaan bahawa pengambilalihan saham EHP yang di hebohkan di media sosial sebagai mahu menyelamatkan Eagle High Plantation yang di katakan bermasalah adalah tidak benar sama sekali.

Mengenai pengirim

Berikan komen anda

Anda mesti mendaftar masuk untuk memberi komen.