Kiriman pada: Sat, Jan 23rd, 2016

RAPID KL Sedia Perkhidmatan Khas Sempena Thaipusam

Kongsi maklumat ini
Tags

rapidkl_batucave_600Kuala Lunpur – Bersempena sambutan perayaan Thaipusam pada Ahad ini, Rapid Bus Sdn Bhd, yang mengendalikan perkhidmatan bas Rapid KL, akan menyediakan perkhidmatan khas untuk kemudahan pengguna yang meraikan perayaan tersebut.

Ketua Pegawai Operasi Rapid KL, Encik Mohd Azam Omar berkata perkhidmatan bas yang disediakan ini adalah untuk memudahkan pengguna mengunjungi Batu Caves serta menggalakkan mereka menggunakan pengangkutan awam bagi mengelakkan kesesakan di kawasan tersebut.

“Sebanyak 17 bas disediakan untuk laluan dari Batu Caves ke Pasar Seni melalui Jalan Kuching dan sebanyak tiga bas untuk laluan dari Shell Batu Caves ke LRT Gombak melalui Lingkaran Tengah 2 (MRR2); masing-masing dengan kekerapan 15 minit dan 25 minit.

“Masa perkhidmatan pula bermula daripada 5.30 pagi hingga 12.00 malam,” tambah Encik Azam.

Waktu operasi untuk laluan bas lain dan perkhidmatan LRT serta Monorel berakhir seperti biasa.

Untuk maklumat lanjut, orang ramai boleh menghubungi Helpline: 03-7885 2585 (7.00 pagi-8.30 malam, Isnin-Jumaat, 8.30 pagi-5.30 petang, Sabtu-Ahad) atau layari laman web: www.myrapid.com.my atau ikuti twitter: @MyRapidKL.

Mengenai pengirim

Dipamirkan 1 komen
Sila nyatakan komen anda

Berikan komen anda

Anda mesti mendaftar masuk untuk memberi komen.