Kiriman pada: Fri, Mar 6th, 2015

Raptai Penuh Istiadat Pembukaan Penggal Ketiga Parlimen ke-13 Jalan Lancar

Kongsi maklumat ini
Tags

parlimenKUALA LUMPUR – Raptai penuh Istiadat Pembukaan Penggal Ketiga Parlimen ke-13 berjalan lancar hari ini seperti yang dijadual.

Sekitar 9 pagi, pasukan kawalan kehormat yang terlibat dalam istiadat itu sudah bersiap sedia berlatih di perkarangan Bangunan Parlimen.

Keseluruhan persiapan akhir bagi istiadat berkenaan yang akan berlangsung pada Isnin (9 Mac) juga hampir selesai.

Istiadat pembukaan itu di Dewan Bankuet Bangunan Parlimen akan dirasmikan oleh Yang di-Pertuan Agong Tuanku Abdul Halim Mu’adzam Shah pada pukul 10 pagi.

Raptai pada hari ini meliputi semua acara mengikut adat istiadat dan protokol termasuk Kawalan Kehormat Utama Batalion Pertama Regimen Askar Melayu Diraja yang terdiri daripada empat pegawai dan 30 anggota.

Dewan Rakyat akan bersidang mulai 9 Mac hingga 9 April dan diikuti persidangan Dewan Negara pada 13 April hingga 28 April.

Mengenai pengirim

Berikan komen anda

Anda mesti mendaftar masuk untuk memberi komen.