Kiriman pada: Fri, Jan 13th, 2017

Rasuah – Kerana Nila Setitik Rosak Susu Sebelanga

Kongsi maklumat ini
Tags

Usaha berterusan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) dalam membenteras gejala rasuah sudah pasti mendapat sokongan padu rakyat Malaysia, tangkapan demi tangkapan dilakukan sejak akhir-akhir ini membuktikan keseriusan dan ketegasan SPRM dalam menangani perbuatan yang tidak bermoral itu, erutama dalam kalangan penjawat awam.

Sudah sampai masanya pembelot dalam perkhidmatan awam ini menerima akibat dari perbuatan mereka,amanah yang diberi racun yang dibalas, mengambil yang bukan hak adalah satu perbuatan yang amat keji, tambah pula bagi mereka yang berjawatan tinggi.

Penangkapan penjawat awam yang berprofil tinggi oleh SPRM baru-baru ini amatlah memalukan ini kerana yang memegang jawatan itu terdiri dari mereka yang sudah tentu berada didalam kelas elit perkhidmatan awam.

Menyalahguna kuasa dan kedudukan serta mengumnpul kekayaan peribadi adalah menyalahi undang-undang mana sekalipun, dimana integriti sebagai penjawat awam, tidak kira apa jawatan sekali pun dalam perkhidmatan awam, ia bukan alasan untuk tidak amanah dan tidak telus dalam menjalankan tanggungjawab.

Sesungguhnya gejala rasuah amat membimbangkan kerana jika tidak dibenteras ia akan merosakkan perkhidmatan awam itu sendiri, apa tidaknya yang terbabit rasuah hanya segelintir sahaja tetapi yang mendapat nama busuk adalah seluruh anggota perkhidmatan awam dan jika tidak di kekang gejala rasuah akan merayap dan menular sahingga menjadi kuman yang sukar untuk dibasmi.

Sehubungan itu adalah penting anggota perkhidmatan awam mempunyai integriti dalam menjalankan tugas masing-masing, mereka seharusnya sedar akan amanah dan tanggungjawab yang diberikan, kepimpinan melalui teladan sepatutnya bermula daripada peringkat atasan dalam usaha menjadikan intergriti sebagai satu budaya menyeluruh dalam perkhidmatan awam selain memastikan imej dan kredibelitinya tidak terjejas.

Dalam mengekang gejala rasuah, ada pihak turut memberi cadangan hukuman lebih berat termasuk sebatan perlu dikenakan, selain hukuman penjara dan di buang kerja terhadap penjawat awam yang didapati terbabit dalam salah guna kuasa dan rasuah.

Ada baiknya juga cadangan tersebut kerana amalan rasuah yang dibongkar oleh SPRM melibatkan jumlah wang besar, hukuman berat stidak-tidaknya akan memberi amaran dan ingatan terhadap mana-mana penjawat awam rasuah yang tidak mendatangkan kebaikkan tetapi membawa kepada kemusnahan.

Bagi mereka yang terlibat dengan rasuah tiada lagi kompromi, anda perlu dikenakan hukuman seberat-beratnya kerana menjadi pengkhianat rakyat dan negara, kerana anda seluruh nama baik perkhidmatan awam terpalit juga.

Bagi penjawat awam yang lain teruskan kerja dengan penuh integriti, jalankan tanggungjawab yang diamanahkan rakyat, iklas dan telus pasti akan ada ganjarannya.

Mengenai pengirim

Berikan komen anda

Anda mesti mendaftar masuk untuk memberi komen.