Kiriman pada: Thu, Jan 19th, 2017

Rasuah RM468,000 Pembantu Penguat Kuasa Direman

Kongsi maklumat ini
Tags

Putrajaya – Seorang pembantu penguat kuasa sebuah kementerian direman enam hari bermula hari ini bagi membantu siasatan dakwaan menerima rasuah bernilai RM468,000.

Perintah tahanan reman terhadap lelaki itu dikeluarkan Majistret Nik Isfahanie Tasnim Wan Ab Rahman di Mahkamah Majistret di sini, sebentar tadi.

Menurut sumber Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), suspek didakwa menerima sejumlah RM468,000 daripada syarikat pemborong beras untuk mendapatkan kuota beras bersubsidi Super Tempatan 15 peratus hancur (ST15) daripada Kementerian Industri Asas Tani pada penghujung 2015 secara berperingkat.

“SPRM menggeledah pejabat suspek kira-kira jam 10 pagi semalam dan menemui wang tunai sebanyak RM10,113 dari peti besi di pejabatnya dan RM51,100 dari keretanya.

“Beliau kemudian dibawa ke pejabat SPRM di sini untuk soal siasat dan ditahan jam 9.20 malam tadi.

“Penahanan suspek juga susulan tangkapan seorang Ketua Setiausaha sebelum ini,” katanya.

Terdahulu, lelaki berusia 57 tahun itu tiba di Mahkamah Majistret di sini, jam 9.15 pagi dengan berbaju lokap SPRM dan bergari.

Mengenai pengirim

Berikan komen anda

Anda mesti mendaftar masuk untuk memberi komen.