Kiriman pada: Mon, Aug 24th, 2015

RCEP Akan Selaraskan Langkah Liberalisasi Dan Kemudahan, Kata EABC

Kongsi maklumat ini
Tags

ASEAN-EU BUSINESS SUMMITKuala Lumpur – Perkongsian Ekonomi Komprehensif Serantau (RCEP) akan menyelaras dagangan dan liberalisasi pelaburan serta langkah-langkah bagi memudahkan perjanjian perdagangan bebas (FTA) dua hala yang berbeza, kata Majlis Perniagaan Asia Timur (EABC).

RCEP, perjanjian perdagangan serantau utama Asia yang dilancarkan pada 2013 oleh para pemimpin ASEAN dan rakan FTA dari Australia, China, India, Jepun, Korea Selatan dan New Zealand, disasar dimuktamadkan akhir tahun.

Menurut Anggota EABC Malaysia, Tan Sri Azman Hashim, majlis membentuk kumpulan kerja bagi menyediakan input perniagaan dalam rundingan RCEP.

“Majlis itu sudah mengemukakan cadangannya kepada kerajaan ASEAN+3 menerusi dialog tahunan dalam pelbagai bidang yang menjejaskan sektor peniagaan.

“Bidang berkenaan termasuk halangan bukan tarif, menyeragamkan standard, memudahkan prosedur kastam, perlindungan ke atas hak harta intelek, memudahkan akses pembiayaan dan pasaran global untuk perusahaan kecil dan sederhana,” katanya dalam ucapan aluan pada Forum Pelaburan Asia Timur pertama.

Perjanjian antara 16 negara itu, yang menyumbang 45 peratus penduduk dunia dan gabungan keluaran dalam negara kasar kira-kira US$17.23 trilion (US$1=RM4.24).

Mengenai pengirim

Berikan komen anda

Anda mesti mendaftar masuk untuk memberi komen.