Kiriman pada: Mon, Mar 2nd, 2015

Reaksi Positif Penstrukturan MAS Meningkat

Kongsi maklumat ini
Tags

MASKuala Lumpur – Pelan Pemulihan MAS (MRP) terus menarik minat daripada pelbagai entiti yang mahu terlibat sama atau melengkapkannya.

Dalam maklumat terkini kemajuan suku tahunan MRP yang dikeluarkan, Khazanah Nasional Bhd yang menguasai 70 peratus kepentingan dalam syarikat penerbangan negara itu, berkata ia sudah menerima 36 cadangan perniagaan.

“Khazanah sudah bertemu dan akan terus menemui pihak-pihak yang mengemukakan cadangan bagi membincangkan cadangan mereka secara terperinci,” katanya.

Dana milik negara itu berkata ia melakukan pelbagai proses penilaian yang ketat dan akan hanya menilai dan mengakses cadangan yang berwibawa dengan keupayaan dan sumber yang sudah terbukti.

“Tambahan pula, semua cadangan tidak seharusnya melibatkan perpecahan aset MAS, penting untuk fungsinya sebagai syarikat penerbangan negara,” katanya.

Secara keseluruhannya, kemajuan yang dicapai setakat ini adalah selari dengan tempoh masa khusus untuk mengembalikan MAS mencatat keuntungan berdasarkan MRP.

Turut termasuk dalam tempoh masa itu ialah penyahsenaraian MAS dan pengumuman kepimpinan syarikat baharu (NewCo) pada Disember 2014, peralihan rasmi kepada NewCo (1 Julai, 2015), NewCo mencatat keuntungan (menjelang akhir 2017) dan penyenaraian NewCo (antara 2018-2020).

Mengenai pengirim

Berikan komen anda

Anda mesti mendaftar masuk untuk memberi komen.