Kiriman pada: Fri, Oct 7th, 2016

Remaja Lelaki, Golongan Awal 20-an Terdedah Risiko Pengunaan Internet Berlebihan

Kongsi maklumat ini
Tags

remajaCyberjaya – Golongan remaja lelaki dan awal 20-an adalah kelompok berisiko tinggi di Malaysia terdedah kepada penggunaan internet secara berlebihan yang seterusnya

memberi kemudaratan kepada kehidupan seharian, kata pakar perunding psikiatri kanak-kanak dan remaja Dr Norharlina Bahar.

Beliau berkata golongan yang sering menghabiskan masa melayari internet terutamanya berkaitan permainan dalam talian kebanyakannya mempunyai masalah memberi perhatian.

“Golongan ini biasanya tidak berminat membuat rutin harian dan ibu bapa yang datang kepada kami biasanya menyatakan anak mereka tidak mahu ke sekolah akibat sering bermain permainan dalam dan luar talian,” katanya kepada media sempena Persidangan Tahunan Masyarakat Antarabangsa mengenai Ketagihan Internet ke-5.

“Malah banyak kajian yang mengaitkan permainan dan penggunaan internet berlebihan boleh menyebabkan individu itu mengalami masalah kebimbangan, kemurungan, masalah kesihatan fizikal, pengangguran, produktiviti kerja menurun serta sifat mahu mengasingkan diri daripada masyarakat,” katanya.

Mengenai pengirim

Berikan komen anda

Anda mesti mendaftar masuk untuk memberi komen.