Kiriman pada: Mon, Aug 17th, 2015

Renminbi Yang Semakin Meningkat Akan Beri Impak Ketara Ke Atas Banyak Negara

Kongsi maklumat ini
Tags

ghkdgmnKuala Lumpur – Impak ekonomi China ke atas Asia sangat penting, dengan kebanyakan negara kini mengharapkan China menjadi rakan dagang terbesar mereka, dan dalam sesetengah kes, sebagai pelabur asing terbesar, kata Gabenor Bank Negara Malaysia (BNM) Tan Sri Dr Zeti Akhtar Aziz.

Dalam perubahan asas ekonomi, peningkatan renminbi, walaupun secara beransur-ansur, tidak dapat dielakkan dengan implikasi penting bukan sahaja ke atas Asia malah kepada seluruh dunia

Zeti berkata sudah pasti, renminbi kini lebih penting kepada Asia berbanding tempat lain.

“Berdasarkan kedudukan ini, Asia, termasuk Malaysia, mesti bersedia untuk menghadapi pengantarabangsaan renminbi dan potensinya ke arah penyepaduan dan sekali gus menyumbang ke arah meneroka seterusnya potensi rantau ini,” kata beliau pada Forum Renminbi HSBC.

Beliau berkata BNM akan meningkatkan lagi kerjasama kewangan dengan Bank Rakyat China dalam aspek Pelabur Institusi Asing Berkelayakan Renminbi bagi menyediakan saluran alternatif kepada pelabur Malaysia untuk melabur dalam pasaran kewangan China.

Zeti berkata penyelesaian perdagangan dan pelaburan dalam renminbi telah menurunkan kos dengan ketara dan mempromosi aktiviti perdagangan dan pelaburan merentas sempadan yang lebih besar.

Sehingga ini, penggunaan renminbi di Malaysia telah berkembang pesat, dengan saiz harian jumlah pertukaran asing renminbi sebanyak 6.7 bilion renminbi.

Zeti menggesa entiti Malaysia yang mempunyai rangkaian serantau yang besar supaya menimbang menggunakan Malaysia sebagai pusat transaksi renminbi serantau mereka yang membantu untuk menyumbang ke arah skala ekonomi yang lebih besar.

Mengenai pengirim

Dipamirkan 1 komen
Sila nyatakan komen anda

Berikan komen anda

Anda mesti mendaftar masuk untuk memberi komen.