Kiriman pada: Tue, Feb 16th, 2016

Repco Low -Ini Sesuatu Yang Mengejutkan!

Kongsi maklumat ini
Tags

GHDYJTelah dimaklumkan bahawa surat ini yang pertama kalinya ‘didedahkan’ hari ini oleh RPK, datangnya dari kes mahkamah Repco Low yang baru selesai pada minggu ini. Ini bermakna surat ini telah pun sampai ke pengetahuan awam.

Jika surat ini adalah benar, ia bermakna Mahathir bersalah kerana terlibat dalam konspirasi untuk memanipulasi pasaran saham – yang mana mengakibatkan ramai pelabur runcit mengalami kerugian dan jatuh muflis.

Nama di atas surat berkenaan adalah Repco Low, terkenal sebagai operator saham terbesar pada masa itu yang memanipulasi harga saham bagi Repco Holdings.

Saga yang melibatkan Repco Holdings di Malaysia merupakan insiden manipulasi pasaran saham terbesar yang pernah disaksikan – jika tidak pun, adalah kejadian yang paling mengejutkan di negara ini pada pertengahan tahun 90-an.

Lihat di sini – saham Repco diniagakan pada sekitar RM 5.00 pada tahun 1996, pada tahun berikutnya ia telah dimanipulasi sehingga mencecah RM 140, dan pada tahun 1998 telah merundum jatuh kepada RM 2.98. Kaunter tersebut kemudiannya digantung pada tahun 2000 dan dinyahsenaraikan tiga tahun kemudian (bermakna nilainya jatuh kepada KOSONG!) – mengakibatkan ribuan pelabur kehilangan wang mereka.

Mahkamah Seksyen Kuala Lumpur pada hari ini, sekali lagi telah menangguhkan hukuman ke atas Low Thiam Hock, atau lebih dikenali sebagai “Repco Low” dalam pasaran saham, kepada 20 Februari 2016.

Selepas sesi rayuan yang berlangsung hampir 2 jam oleh peguam Low pada Isnin, Hakim Makahmah Seksyen, Mat Ghani Abdullah telah menolak tarikh penentuan hukuman kepada hujung bulan ini.

Pendakwaan telah meminta agar Low dijatuhkan hukuman penjara antara 5 hingga 8 tahun, dan menuntut kos pendakwaan sebanyak RM 3.02 juta.

Low sepatutnya dijatuhkan hukuman bermula Isnin selepas didapati bersalah pada 11 Januari atas kesalahan memanipulasi saham Repco Holdings Sdn.

Jika surat yang didedahkan RPK ini benar maka, Tun M harus bertanggungjawab kerana membantu dalam proses memanipulasi pasaran saham negara dan kerugian yang ditanggung oleh ribuan pelabur runcit.

Setelah insiden saham Reptor dan insiden pada tahun 1998, penyertaan pelabur runcit dalam pasaran saham tidak lagi seperti dulu.

Bagaimana pelabur asing ingin menunjukkan keyakinan kepada pasaran saham kita jika mengetahui mantan Perdana Menteri sendiri terlibat dengan aktiviti manipulasi pasaran saham pada kadar yang cukup besar dengan ‘operator saham’ terkenal?

Mengenai pengirim

Berikan komen anda

Anda mesti mendaftar masuk untuk memberi komen.