Kiriman pada: Mon, Aug 24th, 2015

Replika Kereta Kebal Merdeka Di Kediaman Pesara Tentera Jadi Tumpuan

Kongsi maklumat ini
Tags

HARI KEBANGSAAN 2015Kuala Kangsar – Rekaan kereta kebal Merdeka menggunakan kereta Proton Wira menjadi tumpuan serta tarikan orang ramai dan masyarakat Kampung Sayong Tengah di sini tatkala melalui kediaman seorang pesara tentera.

Selain rekaan kereta kebal, di hadapan rumah Jaafar Mohamad Isa juga terdapat hiasan pintu gerbang unik dengan slogan “Malaysia Bersatu Teguh” serta kain rentang tertera tema Hari Kebangsaan 2015 “Sehati-Sejiwa”.

Menurut Jaafar, 52, kerjaya sebagai seorang anggota tentera membuatkan rasa cinta kepada negara menebal dalam dirinya dan apa yang dilakukannya itu merupakan usaha untuk menzahirkan perasaannya.

“Apa yang saya lakukan ini adalah satu kepuasan dan saya gembira melihat Jalur Gemilang berkibar. Saya membelanjakan kira-kira RM500 membeli peralatan dan bendera untuk menghias rumah,” katanya.

Jaafar berkata setiap tahun rumahnya dihiasi dengan bendera tetapi tahun ini lebih meriah kerana jumlah bendera yang banyak dan kos untuk menghias rumah tidak tinggi.

“Kebiasaannya kami akan menggunakan bendera lama yang dibeli pada tahun-tahun sebelumnya. Kereta Proton Wira yang dijadikan replika kereta kebal adalah kereta yang saya pakai, bukan kereta rosak atau kereta lama,” katanya.

Rumahnya tersenarai dalam 10 rumah terbaik dalam satu pertandingan tahun lepas.

“Tahun ini saya juga akan menyertai pertandingan keceriaan Merdeka di peringkat daerah anjuran Jabatan Penerangan.

Mengenai pengirim

Berikan komen anda

Anda mesti mendaftar masuk untuk memberi komen.