Kiriman pada: Mon, Jul 27th, 2015

Ribut Punca Kesesakan 10km Di LPT

Kongsi maklumat ini
Tags

cvdhKuantan – Ratusan pengguna yang melalui Lebuhraya Pantai Timur (LPT) dari Temerloh ke Kuala Lumpur, terperangkap dalam kesesakan teruk selepas kira-kira 30 pokok tumbang di KM85 berikutan hujan dan ribut melanda kawasan itu petang semalam.

Kejadian kira-kira pukul 3 petang itu turut mengakibatkan lima buah kenderaan mengalami kerosakan, antaranya ditimpa dan terlanggar pokok yang tumbang.

Pengendali konsesi LPT, Anih Berhad ketika dihubungi bagaimanapun mengesahkan tiada kemalangan jiwa dilaporkan dalam kejadian tersebut.

Pengarahnya Nik Fauzi Nik Hussein berkata tindakan segera untuk membersihkan laluan berkenaan telah diambil dan boleh digunakan sepenuhnya kira-kira 4.15 petang hari yang sama.

“Kita akan terus melakukan pemantauan bagi memastikan kejadian seumpama ini tidak berulang,” katanya.

Timbalan Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Pahang Morni Mamat berkata pihaknya menerima laporan mengenai insiden itu daripada orang awam kira-kira 4 petang, dan sebuah jentera bersama tujuh anggota terus dikejarkan ke lokasi kejadian.

Mengenai pengirim

Berikan komen anda

Anda mesti mendaftar masuk untuk memberi komen.