Kiriman pada: Thu, Jan 5th, 2017

Ringgit Ditutup Lebih Kukuh Berbanding Dolar AS

Kongsi maklumat ini
Tags

Kuala Lumpur – Ringgit mencatat lantunan untuk ditutup lebih tinggi berbanding dolar AS hari ini disebabkan permintaan belian yang diperbaharui susulan pengukuhan harga minyak mentah menyokong pasaran, kata peniaga.

Pada jam 6 petang, ringgit diniagakan pada 4.4830/4870 berbanding dolar AS daripada 4.4960/4990 Rabu.

Peniaga berkata, kestabilan harga minyak mentah semasa, dengan penanda aras dagangan hadapan Brent diniagakan di atas AS$55 satu tong, bersama-sama kenaikan pasaran saham, meyakinkan peniaga untuk membeli ringgit.

Ringgit diniagakan kebanyakannya lebih rendah berbanding mata wang utama. Ringgit jatuh berbanding yen kepada 3.8441/8479 daripada 3.8202/8231 semalam dan susut berbanding dolar Singapura kepada 3.1251/1297 daripada 3.1099/1126.

Ia menokok berbanding pound British kepada 5.5150/5217 daripada 5.5197/5239 Rabu dan susut berbanding euro kepada 4.7089/7140 daripada 4.6929/6974.

Mengenai pengirim

Berikan komen anda

Anda mesti mendaftar masuk untuk memberi komen.