Kiriman pada: Wed, Nov 4th, 2015

Ringgit Kukuh Berbanding Dolar AS

Kongsi maklumat ini
Tags

dbhdKuala Lumpur – Ringgit dibuka tinggi berbanding dolar AS pada pembukaan hari ini, didorong permintaan berterusan terhadap ringgit, kata peniaga.

Pada pembukaan, ringgit disebut harga pada 4.2610/2660 berbanding dolar daripada 4.2810/2900 pada penutupan semalam.

Seorang peniaga berkata, ringgit terus mengukuh kerana peniaga ambil keputusan berhati-hati terhadap dolar AS sementara menunggu data terbaharu ekonomi daripada ekonomi terbesar dunia itu.

Ringgit juga tinggi berbanding mata wang utama lain.

Ia naik berbanding dolar Singapura kepada 3.0543/0587 daripada penutupan semalam 3.0629/0698 dan mengukuh berbanding yen kepada 3.5157/5213 daripada 3.5442/5531 semalam.

Ringgit juga mengukuh berbanding pound British kepada 6.5688/5777 daripada 6.5996/6148 dan meningkat berbanding euro kepada 4.6671/6743 daripada 4.7061/7164.

Mengenai pengirim

Dipamirkan 1 komen
Sila nyatakan komen anda

Berikan komen anda

Anda mesti mendaftar masuk untuk memberi komen.