Kiriman pada: Fri, Aug 28th, 2015

Ringgit semakin pulih berbanding dolar AS

Kongsi maklumat ini
Tags

MALAYSIA-ASIA-FINANCE-FOREXKUALA LUMPUR: Ringgit meneruskan momentum pemulihan berbanding dolar AS hari ini, mengambil isyarat positif daripada sentimen bulis pasaran luar negara, kata peniaga. Lima minit selepas pembukaan, ringgit disebut harga pada 4.2060/2140 berbanding dolar AS daripada 4.2290/2360 semalam. Seorang peniaga berkata, ringgit belum berada di tapak kukuh walaupun mencatat pemulihan kerana dolar AS terus kukuh, malah sudah naik ke paras tertinggi mingguan berbanding mata wang utama lain. “Dolar AS diniagkaan tinggi berikutan data ekonomi lebih baik (terutama pembelian barang tahan lama) yang naik dua peratus pada Julai,” katanya.

Ringgit juga pulih berbanding mata wang utama lain. Ia naik berbanding dolar Singapura kepada 3.0054/0130 daripada 3.0190/0261 semalam dan lebih tinggi berbanding yen pada 3.4674/4749 daripada 3.5122/5194 semalam. Ringgit juga pulih bernanding pound sterling pada 6.4840/4971 daripada 6.5478/5607 dan mengukuh berbanding euro kepada 4.7267/7365 daripada 4.7707/7803.

Mengenai pengirim

Berikan komen anda

Anda mesti mendaftar masuk untuk memberi komen.