Kiriman pada: Fri, Jan 6th, 2017

Rizab Antarabangsa BNM Berjumlah RM424.2 Bilion Pada 30 Disember 2016

Kongsi maklumat ini
Tags

Kuala Lumpur – Rizab antarabangsa Bank Negara Malaysia berjumlah RM424.2 bilion bersamaan USD94.6 bilion pada 30 Disember 2016.

Paras rizab ini memadai untuk membiayai 8.8 bulan import tertangguh berbanding 8.2 bulan pada 15 Disember 2016.

Bank pusat dalam satu kenyataan memaklumkan, paras rizab ini juga mencukupi untuk memenuhi obligasi luaran dengan perlindungan rizab kepada hutang luar negara jangka pendek sebanyak 1.3 kali.

Rizab antarabangsa ini telah mengambil kira pelarasan bagi perubahan penilaian semula pertukaran asing.

Ia terus disokong oleh lebihan akaun semasa dan aliran masuk pelaburan langsung asing.

Bagaimanapun, ini diimbangi oleh pelaburan langsung di luar negeri oleh syarikat Malaysia dan aliran keluar semula sebahagian pelaburan portfolio bukan pemastautin.

Paras rizab pada 30 Disember 2016 kekal lebih daripada mencukupi untuk memudahkan urus niaga antarabangsa.

Mengenai pengirim

Berikan komen anda

Anda mesti mendaftar masuk untuk memberi komen.