Kiriman pada: Mon, Jul 27th, 2015

RM4 Bilion Bagi Pembangunan Lima Tahun KL

Kongsi maklumat ini
Tags

ghfdjKuala Lumpur – Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) akan memperuntuk RM4 bilion dalam jangka masa lima tahun bermula tahun ini bagi menjadikan Kuala Lumpur sebagai sebuah bandar raya yang bersih, ceria serta dipenuhi kehijauan.

Datuk Bandar Kuala Lumpur Datuk, Mhd Amin Nordin Abdul Aziz berkata peruntukan itu akan melibatkan pembinaan dewan orang ramai, penambahbaikan jalan raya, jejantas dan taman awam seperti Taman Tasik Permaisuri dan Taman Tasik Titiwangsa.

“Pembinaan infrastruktur ini akan turut merancakkan peluang perniagaan yang sekali gus dapat menambah hasil cukai DBKL yang akan dikembalikan semula kepada rakyat,” katanya kepada pemberita.

Beliau menghadiri majlis meraikan pelantikannya sebagai Datuk Bandar Kuala Lumpur Ke-11, di Menara DBKL di sini hari ini.

Mhd Amin menyandang jawatan tersebut pada 20 Julai lepas menggantikan Tan Sri Ahmad Phesal Talib.

Beliau turut mengumumkan penstrukturan semula organisasi DBKL berkuat kuasa 1 Ogos ini termasuk menyatukan jawatan Datuk Bandar dan Ketua Pengarah DBKL manakala jawatan Timbalan Ketua Pengarah DBKL akan diambil alih pengarah-pengarah eksekutif sedia ada.

Beliau berkata DBKL juga akan menyatukan jabatan di bawahnya yang mempunyai skop tugas hampir sama seperti Jabatan Pengangkutan Bandar dan Jabatan Kerja Awam yang memfokus kepada kerja-kerja kejuruteraan awam.

Ini termasuk menyatukan Jabatan Perancangan Bandar dan Jabatan Perancangan Fizikal yang memfokuskan kepada kerja perancangan bandar, katanya.

“Penstrukturan ini bertujuan mengurangkan karenah birokrasi dan menyelesaikan tugas dengan lebih cepat, pantas dan berkesan,” tambahnya.

Mengenai pengirim

Dipamirkan 1 komen
Sila nyatakan komen anda

Berikan komen anda

Anda mesti mendaftar masuk untuk memberi komen.