Kiriman pada: Tue, Jan 12th, 2016

RM40j untuk kontraktor Kelas F tahun ini Oleh Haryani Ngah

Kongsi maklumat ini
Tags

12yusof.transformed (1)KUALA LUMPUR: Kementerian Kerja Raya (KKR) memperuntukkan RM40 juta untuk projek kelas F tahun ini, meningkat RM12 juta berbanding tahun lalu.

Menteri Kerja Raya, Datuk Seri Fadhillah Yusof, berkata peruntukan itu hanya membabitkan projek kendalian KKR.

“Projek berkenaan diberi secara undian oleh KKR kepada kontraktor kelas F.

“Selain itu, syarikat konsesi perlu menyediakan peruntukan khas kepada kontraktor kelas F,” katanya selepas Majlis Penyampaian Surat Setuju Terima Bagi Projek Rancangan Malaysia Kesebelas (RMK11) di sini, pagi ini.

Mengenai pengirim

Berikan komen anda

Anda mesti mendaftar masuk untuk memberi komen.