Kiriman pada: Mon, Dec 19th, 2016

“Rogue One – A Star Wars Story” Mencatat Kutipan AS$290.5 Juta

Kongsi maklumat ini
Tags

Hollywood – Filem “Rogue One – A Star Wars Story” telah mencatat kutipan AS$ 290.5 juta di seluruh dunia pada hujung minggu pembukaannya.

Di Amerika Utara, filem itu menyumbang kira-kira separuh daripada jumlah kutipan dan mencatatkan dalam AS$ 155 juta, menurut penganalisis “Box Office” – Exhibitor Relations.

Filem itu mencatat rekod pembukaan hujung minggu kedua terbaik dalam bulan Disember di kedua-dua pasaran wayang UK dan Amerika Syarikat dan Kanada.

Rekod utama itu dipegang oleh Star Wars – The Force Awakens, yang membuat kutipan AS$ 248 juta di Amerika Utara pada pembukaannya tahun lepas.

Mengenai pengirim

Berikan komen anda

Anda mesti mendaftar masuk untuk memberi komen.