Kiriman pada: Tue, Aug 4th, 2015

Rokok Adalah Pembunuh Senyap

Kongsi maklumat ini
Tags

skull-1Mengikut Pertubuhan Kesihatan Sedunia, Enam juta orang mati setiap tahun akibat rokok. Jumlah itu dijangka meningkat kepada lapan juta pada tahun 2030. Dalam kes Malaysia pula, 10-ribu penduduknya dikatakan meninggal dunia setiap tahun akibat menghisap rokok. Biarpun begitu, tahap kesedaran dalam kalangan warga Malaysia mengenai kesan buruk daripada merokok, masih cetek.

Usaha kerajaan terutama kementerian kesihatan mengunakan media dan pelbagai saluran untuk menghebahkan bahaya merokok belum mampu menyedarkan sebahagian daripada kita, Bilangan perokok sebaliknya terus bertambah walaupun hampir setiap tahun harga rokok di naikkan.

Tidak hairanlah keputusan menaikkan harga minimum rokok yang berkuat kuasa baru baru ini mendapat reaksi bercampur campur di kalangan orang ramai terutama perokok tegar. Langkah menaikkan harga rokok dianggap membebankan kepada perokok manakala bagi bukan perokok mengalu-alukan langkah tersebut terutama bagi mengalakkan cara hidup sihat di kalangan rakyat Malaysia.

Sewajarnya langkah menaikkan harga rokok di lihat sebagai yang positif tampa prajudis atau prasangka, Orang ramai kini boleh memilih untuk mengurangkan atau berhenti merokok dalam keadaan kos kehidupan yang semakin meningkat. Peruntukkan untuk membeli rokok boleh disalurkan kepada perkara yang lebih berfaedah.

Kita juga mengharapkan kenaikkan harga rokok akan membantu mengurangkan tabiat merokok terutamanya kepada remaja yang masih di peringkat sekolah. Kita juga harus sedar perkembangan terbaru ini akan menarik perokok kepada rokok seludup, Kerajaan di cadang untuk melakukan pemantauan yang lebih ketat lagi terhadap kemasukkan rokok seludup yang di jual murah di negara ini.

Tanpa tindakkan tegas dari pihak berkuasa pawstinya matlamat mengurangkan jumlah perokok sukar di capai, Lebih membimbangkan permintaan terhadap rokok seludup akan menambah lambakkannya dan kerajaan pula kerugian di dalam bentuk cukai.

Di samping kenaikkan harga minimum rokok, pastinya orang ramai menyambut baik dua pengumuman baru larangan merokok di tempat awam dan di tempat makan berhawa dingin. Bermula 1 Januari tahun depan taman awam kecuali tempat letak kereta terbuka akan di wartakan sebagai tempat di larang merokok.

Malah di beberapa tempat tumpuan awam saperti tapak perkemahan, menara tinjau dan laluan kenopi di Taman Negara juga akan diwartakan sebagai tempat di larang merokok, Keseluruhan tempat makan berhawa dingin juga diisytiharkan sebagai tempat di larang merokok.

Kerajaan boleh mewartakan seberapa banyak kawasan larangan merokok, Tetapi aspek penguatkuasaan perlu di beri perhatian tiada guna sekadar mewartakan tetapi lemah dari segi penguatkuasaan sahingga kadangkala menjadi bahan ketawa dalam kalangan masyarakat.

Mengenai pengirim

Dipamirkan 1 komen
Sila nyatakan komen anda

Berikan komen anda

Anda mesti mendaftar masuk untuk memberi komen.