Kiriman pada: Fri, Jan 29th, 2016

Rombakan Biro MT Petanda UMNO Sudah Di Dalam Mood Pilihan Raya

Kongsi maklumat ini
Tags

mt2013Pertukaran beberapa orang Pengerusi Biro didalam Majlis Tertinggi UMNO, melihatkan bahawa UMNO sedang mengukuhkan jentera parti dan sedang bersedia untuk memasuki mood pilihanraya ke 14 yang bakal tiba.

Permulaan dengan melantik Tan Sri Anuar Musa, seoarang yang sangat berpengalaman sebagai Ketua Penerangan bagi mengantikan YB Dato Ahmad Maslan yang kini diberi amanah untuk menerajui Biro IT dan seterusnya di lantik menduduki kerusi MT yang masih kosong ( Kerusi yang pernah di tawarkan kepada Datuk Ustaz Kazim Alias).

Turut menyaksikan perubahan ialah Pengerusi Biro Keahlian dan Daftar Pemilih UMNO yang sebelum ini disandang oleh YB Dato Sri Shafie Apdal kini di sandang oleh YB Dato Seri Panglima Abdul Azeez Rahim bagi tujuan memantapkan usaha menambah ahli UMNO dan mendaftar pemilih.

Sementara jawatan Pengerusi Biro Kebajikan diambil alih oleh YB Dato Samsul Anuar Nasarah.

Sebuah biro baru di ujudkan ia ini Biro IPTS bagi memberi perhatian terhadap pelajar pelajar di IPT/ IPTS termasuk pelajar-pelajar Malaysia di luar negara Pengeerusi Biro ini telah di amanahkan kepada Bekas Presiden Persatuan Mahasiswa UKM, YB Dato Razali Ibrahim yang akan bekerjasama dengan Dato Sri Reezal Merican Naina Merican yang mempengerusikan Biro Pelajar Luar Negara.

Selain itu Timbalan Menteri Kewangan, Dato Johari Ghani pula dilantik sebagai Pengerusi Biro Ekonomi UMNO.

Mesyuarat petang tadi juga menyaksikan Menteri Besar Kedah, Dato Sri Mukriz Mahathir mungkin tidak akan dikekalkan sebagai Pengerusi Perhubungan UMNO Kedah, bilamana pada mesyuarat kali ini beliau tidak di jemput, walaupun beliau menghadirkan diri tetapi terpaksa meninggalkan dewan mesyuarat.

Sebelum ini kehadiran Mukriz Mahathir, Menteri Besar Kedah hanyalah sebagai Pengerusi Perhubungan Negeri dan di catatkan sebagai ‘Turut hadir’ kerana Mukhriz bukanlah Ahli Majlis Tertinggi UMNO.

Semoga UMNO akan terus menjadi wadah perjuangan orang Melayu, untuk Agama dan Tanah Air, Dulu Kini dan Selamanya, Kepada yang baru di lantik di ucapkan Tahniah.

Mengenai pengirim

Dipamirkan 1 komen
Sila nyatakan komen anda

Berikan komen anda

Anda mesti mendaftar masuk untuk memberi komen.