Kiriman pada: Tue, Apr 7th, 2015

Rosmah penerima pertama Anugerah Citra Dewangga

Kongsi maklumat ini
Tags

ROSMAH MANSOR / MALAM ANUGERAH CITRA DEWANGGAKUALA LUMPUR: Isteri Perdana Menteri, Datin Seri Rosmah Mansor, menjadi penerima pertama Anugerah Citra Dewangga yang dianjurkan Perbadanan Kemajuan Kraftangan Malaysia.

Penyampaian anugerah itu disempurnakan Ketua Setiausaha Kementerian Pelancongan dan Kebudayaan, Datuk Dr Ong Hong Peng kepada Rosmah pada Majlis Citra Dewangga sempena Hari Kraf Kebangsaan 2015 di Kompleks Kraf, di sini malam tadi.

Pada majlis sama, 12 individu dan penggiat industri kraf turut menerima Anugerah Tukang Ulung, sekali gus membawa pulang cenderamata dan wang tunai RM10,000 setiap orang.

Yang turut hadir isteri Ketua Setiausaha Negara, Puan Sri Rohani Abdullah dan Ketua Pengarah Kraftangan, Datuk Mohd Kamil Mohd Ali.
Pemberian anugerah itu bertujuan mengiktiraf jasa individu berkedudukan tinggi yang memartabatkan serta memperjuangkan seni kraf tempatan khususnya tekstil yang menjadi kebanggaan negara.

Terdahulu dalam ucapannya, Mohd Kamil berkata industri kraf terus berkembang pesat dengan menyumbang RM1.36 bilion dalam tempoh 2011 hingga 2014.

Katanya nilai itu membuktikan industri mampu menjana pendapatan keluarga dan negara.

“Kejayaan ini didokong bersama oleh tukang kraf yang sentiasa kreatif dan inovatif dalam menghasilkan kerja seni. Tukang kraf ini disegani dan dihormati serta mempunyai kedudukan tersendiri dalam masyarakat,” katanya.

“Justeru, Kraftangan Malaysia mengambil inisiatif untuk memberikan Anugerah Tukang Ulung kepada 12 tukang kraf sebagai pengiktirafan kepada mereka yang banyak menyumbang jasa dalam membangunkan dan meneruskan legasi industri kraftangan negara,” katanya berucap pada majlis itu.

Semua 12 penerima Anugerah Tukang Ulung berkenaan mempunyai pengalaman luas, mahir dan memiliki pengetahuan teknikal dalam bidang kraf tertentu.

Mengenai pengirim

Berikan komen anda

Anda mesti mendaftar masuk untuk memberi komen.