Kiriman pada: Tue, Jul 28th, 2015

Roti Canai Boleh Tumpulkan Memori

Kongsi maklumat ini
Tags

mamak-fluffy-roti-canai1. Penulis berminat untuk menulis mengenai topik roti canai ini apabila diajukan soalan – mengapa penuntut tahfiz sukar untuk menghafaz al-Quran jika mereka makan roti canai?
2. Satu daripada bahan yang dapat penulis fikirkan ialah polycyclic aromatic hydrocarbon (PAH). PAH ialah sebatian kimia terhasil apabila bahan makanan yang dipanaskan hingga hangus. Sebatian PAH adalah serupa dengan sebatian kimia terdapat pada bitumen iaitu cecair hitam pekat yang biasa digunakan sebagai bahan untuk menurap jalan.

3. Terdapat sebuah kajian ke atas tikus yang menunjukkan bahawa benzo[a]pyrene iaitu sejenis PAH mengganggu memori dan pembelajaran spatial (pembelajaran secara keseluruhan, bukan secara urutan). Kajian yang dimaksudkan berjudul New candidate Proteins for Benzo[a]pyrene-induced Spatial Learning & Memory Deficits terbit dalam The Journal of Toxicologal Sciences (2011).
4. Untuk pengetahuan pembaca budiman, asap rokok, kerak nasi, sate, makanan salai, makanan BBQ dan makanan yang digoreng terlalu garing mengandungi PAH.

5. Menurut penulis ini juga, marjerin mungkin yang digunakan bagi menggantikan ghee atau minyak sapi bertujuan melembutkan dan sebagai penambah perisa roti canai berpotensi menyumbang kepada kemorostan memori.
6. Boleh dikatakan hampir setiap marjerin tidak mengira jenama mengandungi lemak trans dan terbukti menunjukkan kemerosotan memori dari sudut kajian sains.

7. Selain roti canai, lemak trans biasanya terdapat dalam aiskrim, biskut, kentang goreng (french fries) dan kek.

Sebagai penutup penulis hairan mengapa laman web Unilever Food Solutions tidak menyenaraikan langsung kandungan pelbagai jenis lemak termasuk lemak trans yang terdapat produk marjerinnya.

Mengenai pengirim

Dipamirkan 1 komen
Sila nyatakan komen anda

Berikan komen anda

Anda mesti mendaftar masuk untuk memberi komen.