Kiriman pada: Mon, Mar 16th, 2015

RSN Dan TLDM Menamatkan Latihan Malapura

Kongsi maklumat ini
Tags

noSingapura – Tentera Laut Singapura (RSN) dan Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) menamatkan Latihan Malapura dari 4 Mac hingga hari ini.

Latihan yang diadakan sejak 1984, kali ini disertai kira-kira 600 anggota kedua-dua pasukan.

Kementerian Pertahanan Singapura dalam satu kenyataan berkata latihan dihoskan pihak Malaysia dengan menyaksikan perancangan dan latihan bersama diadakan di Pangkalan Tentera Laut Changi dan peperangan konvensional di Selat Melaka.

RSN menyertakan sebuah frigat (RSS Stalwart), korvet peluru berpandu (RSS Victory), sebuah kepal peronda (RSS Sovereignty) dan helikopter Sikorsky S-70B Seahawk.

TLDM pula menghantar sebuah frigat (KD Jebat), sebuah korvet (KD Lekir), sebuah kapal peronda (KD Kelantan) dan sebuah helikopter Super Lynx.

Panglima Armada RSN, Kolonel Lew Chuen Hong dan Panglima Armada TLDM, Laksamana Madya Datuk Mohamad Roslan Mohamad Ramli turut hadir pada upacara penutup di Pusat Taktikal Maritim Pangkalan TLDM Lumut semalam.

Mengenai pengirim

Berikan komen anda

Anda mesti mendaftar masuk untuk memberi komen.