Kiriman pada: Fri, Jan 15th, 2016

Rujuk Semula Komitmen Tun Razak Terhadap Pembinaan Negara

Kongsi maklumat ini
Tags

rafidahKuala Lumpur – Perdana Menteri Kedua Tun Abdul Razak Hussein telah melaksanakan beberapa dasar yang digubal khusus untuk membantu membangunkan negara ini, dan legasi itu perlu diteruskan agar Malaysia lebih berjaya.

Bekas Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri Tan Sri Rafidah Aziz berkata sebagai contoh, Allahyarham Tun Abdul Razak memperkenalkan dasar pengagihan semula kekayaan dalam kalangan rakyat, mengurangkan ketegangan kaum dan terus memupuk sikap saling mempercayai dalam kalangan pelbagai kaum serta merapatkan jurang antara kawasan bandar dan luar bandar.

Katanya untuk menjadikan Malaysia lebih makmur, negara ini perlu kembali memberi fokus dan komitmen kepada aspek ‘pembangunan negara’.

“Adalah menjadi tugas kita untuk meneruskan legasi beliau (yang telah terbukti mengenai pembangunan negara),” kata Rafidah ketika menyampaikan ucap tama pada Seminar Khas bagi Memperingati Tun Abdul Razak (Perdana Menteri Malaysia 1970-1976) .

Mengenai pengirim

Dipamirkan 1 komen
Sila nyatakan komen anda

Berikan komen anda

Anda mesti mendaftar masuk untuk memberi komen.