Kiriman pada: Sat, Jul 25th, 2015

Rumah Transit 1Malaysia Pinggiran Putra Dijangka Penuh Akhir Tahun

Kongsi maklumat ini
Tags

JVSETI260213Kuala Lumpur – Sebahagian Rumah Transit 1Malaysia (RT1M) di Pinggiran Bukit Jalil di sini masih kosong kerana Jabatan Perumahan Negara (JPN) masih menapis permohonan sama ada pemohon layak atau sebaliknya untuk menduduki RT1M.

Ketua Pengarah JPN Datuk Mohamad Yusoff Ghazali menjelaskan RT1M bukan mendapat kurang sambutan tetapi JPN perlu mengambil masa untuk memastikan pemohon memenuhi kriteria ditetapkan.

“Kriteria itu adalah pemohon dan pasangan mesti warganegara Malaysia, berumur 30 tahun dan ke bawah, tidak memiliki rumah sendiri di Kuala Lumpur, bekerja di Lembah Klang, pendapatan isi rumah RM3,000 dan ke bawah dan tiada rekod jenayah.

“Lain-lain syarat yang ditetapkan ialah pemohon tidak boleh menyewakan rumah transit berkenaan dan menuntut sebarang kos sama ada untuk pindah masuk dan keluar dari rumah transit tersebut,” katanya kepada Bernama.

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas laporan sebuah akhbar semalam bahawa RT1M yang setiap unit mempunyai tiga bilik tidur dan dua bilik air di Pinggiran Bukit Jalil kelihatan sunyi kerana sebahagian blok L dan M masih kosong.

Mohamad Yusoff berkata JPN sehingga kini telah menyerahkan sebanyak 240 kunci rumah kepada pemohon yang berjaya dan pihaknya menyasarkan kesemua unit rumah di blok L dan M akan dipenuhi menjelang akhir tahun ini.

Mengenai pengirim

Dipamirkan 1 komen
Sila nyatakan komen anda

Berikan komen anda

Anda mesti mendaftar masuk untuk memberi komen.