Kiriman pada: Tue, Aug 25th, 2015

Rundingan Kanada, Rusia Dan CLVM Diteruskan Pada Hari Terakhir AEM

Kongsi maklumat ini
Tags

DATUK SERI MUSTAPA MOHAMEDKuala Lumpur – Barisan Menteri-Menteri Ekonomi ASEAN (AEM) akan mengadakan pertemuan dengan wakil Kanada, Rusia serta negara-negara Kemboja, Laos, Myanmar dan Vietnam (CLMV) pada hari terakhir mesyuarat AEM ke-47 di sini, hari ini, bagi membincangkan langkah mengeratkan lagi hubungan perdagangan sedia ada.

Mesyuarat enam hari itu yang akan berakhir petang ini, ternyata memaparkan komitmen jitu kesemua 10 negara anggota perkumpulan itu serta rakan dialognya bagi pembentukan ‘ASEAN Berpaksikan Rakyat’ yang merangkumi semua lapisan masyarakat.

Agenda hari ini akan dimulakan dengan dialog Rundingan Kanada-AEM Keempat yang disusuli Rundingan AEM-Russia, juga bagi kali keempat.

Acara tahunan AEM itu secara rasmi akan melabuhkan tirainya selepas berakhirnya Mesyuarat Menteri-Menteri Ekonomi CLMV yang Ketujuh.

AEM Ke-47 dan Mesyuarat-Mesyuarat Berkaitan, bertujuan memberi sentuhan terakhir bagi pembentukan rasmi Komuniti Ekonomi ASEAN (AEC) yang akan bermula pada 1 Jan, 2016.

AEC juga dilihat mampu memberi manfaat penting di tengah-tengah cabaran kelembapan ekonomi yang turut menjejaskan beberapa negara.

Mengenai pengirim

Berikan komen anda

Anda mesti mendaftar masuk untuk memberi komen.