Kiriman pada: Mon, Oct 31st, 2016

Rupanya Datuk Seri Husni Lebih Berpengetahuan Dari Tan Seri Muhyiddin Yasin

Kongsi maklumat ini
Tags

annuarDatuk Seri Husni sekurang kurangnya bertanya soalan di parlimen dengan fakta yang betul, tinggal lagi beliau terlupa yang beliau sendiri telah pun menjawab soalan tersebut setahun lebih awal.

Namun Tan Seri Muhyiddin berbeza, beliau telah berucap di parlimen seolah olah beliau tidak tahu membaca apa apa lapuran atau mengira sebarang angka dan menyampaikan ucapan sulongnya di saf pembangkang dengan secara nyata membohong parlimen.

Sama ada beliau sememangnya tidak tahu apa apa hal ekonomi dan pentadbiran semasa menjawat jawatan TPM atau ia mungkin satu bukti pemikirannya kusut tanpa hidayah, sejak keterlibatannya dalam konspirasi merampas jawatan Perdana Menteri dari Dato’ seri Najib yang kini terbukti gagal.

Beliau menyebut hutang 1MDB RM53b, sedangkan hutang semasa 1MDB adalah RM20b, dan kesemua hutang tersebut adalah hutang jangka panjang yang tiada satu pun yang sudah matang, hingga hari ini kerajaan tidak pun melakukan sebarang ‘bail out’ dan 1MDB berupaya menguruskan sendiri hutang perniagan mereka, iidak seperti yang cuba ditakut takutkan oleh sesetengah pihak.

Muhyiddin mendakwa berdasarkan “kajian ke atas lapuran Ketua Audit Negara”, kononnya negara kerugian antara RM23 – 40 billion akibat kelemahan penguatkuasaan, rasuah dan salah urus tadbir, kenapa tidak di sebut kajian mana dan oleh siapa?.

Kita ingin tahu cara mana menghitungnya? Atau apakah ia sama seperti cara PH membuat belanjawan dengan menyatakan dalam bajet mereka 2016 mereka boleh menyelamatkan 10% belanja mengurus dengan membenteras rasuah, dan tiba tiba bajet mereka 2017, angka melonjak menjadi 25% tanpa sebarang asas.

Jika itu caranya ternyata Muhyiddin begitu cepat terkena virus jangkitan PH, yang sering berbohong dan yang jelas merendahkan wibawanya sebagai seorang yang pernah berjawatan tinggi.

Muhyiddin secara bohong memberitahu Parlimen kononnya beliau berjaya menghalang kabinet dari meluluskan pinjaman RM 3billion kepada 1MDB kerana wang itu diperlukan untuk membayar faedah dari hutang tanggongan 1MDB, walhal dari sumber IMDB pinjaman itu adalah untuk pembangunan tanah TRX dan JANAKUASA JIMAH (Timur).

Janakuasa tersebut terpaksa di Jual dengan harga lebih rendah akibat halangan Muhyiddin itu, kiranya ia di buat penambahbaikkan terleih dahulu, 1MDB pastinya beroleh laba yang lebih besar bila ianya di jual, isunya Muhyiddin sanggup berbohong tentang untuk apa pinjaman 3b di pohon dari kerajaan seperti terdapat dalam kertas kabinet.

Muhyiddin juga cuba menyelewengkan Parlimen dengan menyatakan ‘Kajian Pakar’ meletakkan nilai ringgit sepatutnya berada pada tahap RM3.50 bagi USD1.00, nilai ringgit kini lebih rendah kerana sentimen negative berpunca dari 1MDB.

Pakar mana yang membuat andaian sedemikian? jika benar, mengapa pada awal Januari 2015 sebelum isu 1MDB meletup nilai ringgit waktu itu sudah berada pada Paras 3.51? rupanya Muhyiddin langsung tidak mempunyai pengetahuan tentang punca utama pengukuhan nilai matawang Amerika berbanding matawang lain d dunia.

Beliau tidak tahu bagaimana kenaikkan kadar faedah oleh bank pusat US sebenarnya memberi impak pada nilai ‘greenback’ (dollar Amerika).

Muhyiddin juga membuat dakwaan kononnya matawang kita lemah dan terdedah pada serangan dan kononnya 1997 kita punya REZAB yang kukuh, ternyata Muhyiddin telah lupa segala angka dalam ingatan dek amarahnya, beliau lupa rezab negara pada 1997 hanya USD20b berbanding sekarang hampir 5 kali lebih tinggi.

Ternyata Muhyiddin sudah bertukar menjadi seorang pembangkang lebih rendah standardnya daripada Pokok Sena atau Shah Alam.

Parlimen kini melihat bagaimana PAGOH TIDAK LAGI PAGOH…

Patutlah apabila saya berdiri memohon laluan untuk berdebat dengannya ketika beliau berucap di Parlimen beliau menolaknya. TERNYATA BELIAU MEMILIH UTK BERMONOLOG SEORANG DIRI, khuatir fakta ucapannya di sanggah tanpa beliau berupaya mempertahankannya.

Oleh – Tan Sri Annuar Musa
Ahli Parlimen Ketereh

Mengenai pengirim

Berikan komen anda

Anda mesti mendaftar masuk untuk memberi komen.