Kiriman pada: Thu, Jul 30th, 2015

Rusia veto draf resolusi penubuhan tribunal MH17

Kongsi maklumat ini
Tags

Armed pro-Russian separatist stands on part of the wreckage of the Malaysia Airlines Boeing 777 plane after it crashed near the settlement of Grabovo in the Donetsk regionNEW YORK: Rusia memveto draf resolusi Majlis Keselamatan Pertubuhan Bangsa Bersatu, UNSC untuk penubuhan Tribunal Antarabangsa berkenaan MH17.

Dalam kenyataannya, Rusia enggan meluluskan draf tersebut kerana menyifatkan tragedi MH17 bukanlah ancaman kepada keselamatan dan keamanan antarabangsa.

Tambahnya, sebelum ini UNSC tidak pernah meluluskan penubuhan tribunal antarabangsa untuk mendakwa mereka yang terlibat dalam tragedi melibatkan pengangkutan.

11 ahli UNSC menyokong draf resolusi yang dicadangkan Malaysia ketika proses pengundian.

Sementara Angola, Venezuela dan China memilih untuk berkecuali.

Di sebalik tindakan veto, Moscow menyatakan kesediaan membantu siasatan pesawat MH17 yang didakwa ditembak jatuh di Ukraine.

Rusia turut menyatakan ia kesal dengan tindakan Malaysia yang tetap mencadangkan draf resolusi tribunal biarpun mengetahui cadangan itu akan diveto Rusia.

Menteri Pengangkutan Datuk Seri Liow Tiong Lai mengecam tindakan Rusia yang didakwa melepaskan dalang di sebalik tragedi tanpa hukuman ke atas jenayah yang kejam.

Mengenai pengirim

Dipamirkan 1 komen
Sila nyatakan komen anda

Berikan komen anda

Anda mesti mendaftar masuk untuk memberi komen.