Kiriman pada: Thu, Jan 21st, 2016

SABAH BELANJA 76.34 PERATUS PERUNTUKAN 2015 UNTUK PEMBANGUNAN

Kongsi maklumat ini
Tags

gmxKota Kinabalu – Sebanyak RM2.881 bilion atau 76.34 peratus daripada peruntukan 2015 telah dibelanjakan sehingga 10 Jan lepas bagi membiayai projek pembangunan di Sabah.

Ketua Menteri Sabah Datuk Seri Musa Aman berkata prestasi itu melebihi Purata Nasional dengan capaian 72.42 peratus perbelanjaan yang diperuntukan.

“Saban tahun, Sabah diperuntukkan jumlah besar oleh kerajaan pusat berbanding negeri-negeri lain…dan pada pembentangan Bajet 2016 lalu telah menitikberatkan pembangunan di negeri ini dan Sarawak,” katanya dalam kenyataan di sini sempena Mesyuarat Majlis Tindakan Negeri yang dipengerusikannnya.

Berikutan jangkaan ekonomi mencabar tahun ini, Musa meminta semua penjawat awam di Sabah supaya menguruskan sumber dengan cekap bagi memastikan semua projek yang dirancang disiapkan mengikut jadual.

“Selain pembentangan pengubahsuaian bajet 2016 pada 28 Jan ini, Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak telah menekankan dua perkara iaitu mengoptimumkan perbelanjaan dan kedua, menggunakan daya fikiran supaya lebih kreatif dan inovatif bagi meningkatkan produktiviti,” katanya.

Mengenai pengirim

Dipamirkan 1 komen
Sila nyatakan komen anda

Berikan komen anda

Anda mesti mendaftar masuk untuk memberi komen.