Kiriman pada: Sat, Aug 29th, 2015

Sah Himpunan Bersih 4 Adalah Himpunan Politik

Kongsi maklumat ini
Tags

unnamed (22)Seperti dapat di jangkakan menjelang petang bahawa wajah sebenar himpunan Bersih-4 ini, Terbukti apa bila ramai peserta mula meninggalkan kawasan berhimpun yang mereka huni sejak dari tengahari tadi.

Yang kelihatan kini hanyalah pemimpin pemipin mereka yang mula berceramah menyampaikan hasrat dan menampakkan kehendak hati serta kepentingan mereka sendiri bukan kerana pejuangan hak rakyat marhain.

Di sepanjang permerhatian tiada pun laungan tuntutan yang mereka minta atau julangan banner atau poster berkenaan dengan tuntutan mereka jika ada pun boleh di hitung dengan jari tangan sahaja.

Hilang sudah matlamat utama Bersih-4, Kini kedengaran jeritan Reformasi, Bebaskan Anwar dan Tangkap Najib, Sedangkan 5 perkara tuntutan Bersih-4 tiada pun di sebut hal berkenaan Reformasi yang di cipta oleh Anwar di Malaysia.

Tiada tuntutan untuk menahan Perdana Menteri Malaysia Dato’ Seri Najib Tun Razak, Juga tiada didalam tuntutan tersebut meminta agar Anwar di bebaskan (Kerana penganjur Bersih 4 tahu bahawa Anwar adalah pesalah jenayah bukan tahanan politik).

Begitu juga dengan jeritan reformasi, adakah sahingga kini kumpulan penyokong Anwar gagal mereform kan kumpulan mereka, penyokong, pengikut atau rakyat Malaysia dengan janji perubahan yang akan di bawa oleh Anwar.

Mungkin kerana pencipta gerakan reformasi di Malaysia kini sudah hilang taring kerana sedang di perap di penjara Kajang.

Jadi di manakah kesungguh tuntutan penganjur Bersih-4 ini.

Yang paling menyedihkan ketika Azan berkumandang, para penceramah yang terdiri dari pemimpin utama mereka masih terus berucap tanpa ada rasa malu kepada umat Islam, sedangkan mereka sendiri masih beragama Islam.

Setidak-tidaknya berhentilah buat sementara berucap untuk memberi laluan kepada Azan, Patutlah rakan mereka terdiri dari pemimpin kaum Cina tidak menghormati malah mendesak agar Pemimpin Melayu juga turut tidak mengambil berat dan menghormati Azan.

Terbukti bila mana terdapat beberapa orang pemimpin mereka mendesak agar setiap pentadbiran masjid didalam negeri jajahan mereka, di larang mengunakan alat pembesar suara. Walaupun tiada didalam tuntutan Bersih-4 namun mereka dapat menawan masalah ini hanya dengan mengambil contoh pemimpin Melayu didalam parti gabungan mereka sendiri.

Rupanya Melayu didalam parti pembangkang tidak pandai menghormati laungan Azan, itu sebab perjuangan mereka tidak pernah di Rahmati Allah.

Mengenai pengirim

Dipamirkan 1 komen
Sila nyatakan komen anda

Berikan komen anda

Anda mesti mendaftar masuk untuk memberi komen.