Kiriman pada: Tue, Aug 25th, 2015

Saham Wall Street Jatuh Ke Paras Terendah Dalam 4 Tahun

Kongsi maklumat ini
Tags

Financial Markets Wall StreetNew York – Saham Wall Street jatuh hampir empat peratus semalaman kerana pelabur yang bimbang dengan keadaan ekonomi China, menjual saham mereka menyebabkan pasaran terjerumus dalam fasa turun naik ketara sehingga mendorong penanda aras S&P 500 memasuki fasa pembetulan.

Indeks Perusahaan Dow Jones jatuh lebih 1,000 mata pada pembukaan dengan saham komponen utama, Apple turut jatuh teruk sebelum pulih tetapi ditutup turun 2.5 peratus.

Penurunan saham dunia tercetus daripada penyusutan 8.5 peratus pasaran saham China yang turut menyebabkan jualan besar-besaran komoditi termasuk minyak mentah.

Wall Street memang berada dalam jajaran dagangan tipis sepanjang tahun ini, tetapi pasaran yang kemeruapan atau turun naik ketara pasaran dikesan sejak bulan ini apabila China menurunkan nilai yuan sekali gus membayangkan ada potensi masalah dalam ekonomi negara itu, kedua terbesar dunia.

Indeks dianggap berada dalam fasa pembetulan apabila ditutup 10 peratus rendah daripada paras tertinggi dalam 52-minggu.

Mengenai pengirim

Berikan komen anda

Anda mesti mendaftar masuk untuk memberi komen.