Kiriman pada: Thu, Mar 5th, 2015

Salahguna Kuasa KP BTN

Kongsi maklumat ini
Tags

IMG-20150305-WA0021_FotorKuala Lumpur – Satu laporan mengenai salahguna kuasa oleh Ketua Pengarah Biro Tatanegara (BTN), Datuk Raja Arif bin Raja Ali, telah dibuat Badan Bukan Kerajaan (NGO) Nadi Rakyat di Ibu Pejabat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Wilayah Persekutuan, hari ini.

Laporan tersebut dibuat oleh Presidennya, Rafi Awang Kechik.

Ditemui media sejurus kemudian, beliau memberitahu laporan tersebut dikemukakan untuk menyelamatkan nama baik Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak yang kerap dikaitkan dengan cerita-cerita negatif.

“Laporan ini tidak bersifat peribadi, ini ialah nak menyelamatkan nama baik Perdana Menteri yang seringkali dikaitkan dengan hal-hal yang tidak baik sedangkan ianya berlaku tanpa pengetahuan beliau.

“Kita tak mahu Perdana Menteri sering ditipu oleh orang-orang yang mempunyai kepentingan peribadi,” ujar beliau.

Menurutnya lagi, laporan tersebut diharap dapat dijadikan peringatan oleh Najib supaya lebih peka agar tiada ruang untuk sebarang unsur penyelewengan berlaku di masa hadapan.

Tambah beliau, pihaknya akan terus membongkar sebarang salahlaku di dalam tadbir urus mana-mana agensi kerajaan.

“Laporan ini juga akhirnya bertujuan memberi peringatan kepada Perdana Menteri, jika jelas berlaku penyelewengan dan para pelaku terus diberi tempat dan jawatan atau kontrak jawatan terus disambung, perjuangan kami sebenarnya baru bermula.

“Ini bukan sahaja melibatkan BTN tetapi juga peringatan kepada semua agensi kerajaan. Kami akan terus membongkar salah laku dalam tadbir urus kerana tak sanggup lagi melihat amanat rakyat terus dikhianati.

“Akibat perbuatan segelintir penjawat awam, pemimpin politik menerima kesan dalam politik mereka,” katanya.

Mengenai pengirim

Berikan komen anda

Anda mesti mendaftar masuk untuk memberi komen.