Kiriman pada: Sun, Oct 2nd, 2016

Salam Maal Hijrah Merah Kuning

Kongsi maklumat ini
Tags

merahkuningSalam Maal Hijrah, masuknya tahun baru untuk umat Islam yang meraikannya, kenapa adakah yang tidak meraikannya, ya ada yang tidak meraikannya mereka cuma meraikan sebagai hari bercuti sahaja tanpa menghayati apa yang terkandung didalam perkara hijrah ini, rasanya tidak perlu di ungkit akan sejarah lama yang menjadi panduan kita hari ini, carilah sejarah hijrah Rasululah S..A.W.

Sebelum kita bacakan doa akhir tahun lebih kurang pada jam lebih kurang 4.16 petang semalam, sepatutnya kita sebagai umat Islam banyakkan membaca Alquran dan bermunajat kepada Allah mohon diperlindungkan dari segala musibah yang kian menjadi-jadi ketika ini.

Tetapi kita telah dihidangkan dengan perkhabaran pertembungan dua kumpulan Kuning dan Merah, dua kumpulan yang menegakkan apa yang mereka rasakan mereka benar, satu mewakili kumpulan Bersih 5, kupulan ang mendesak kerajaan menurut kehendak mereka yang tidak pernah jelas dari satu ke satu isu, ada sahaja yang mereka tidak puas hati, bersih yang bagaimana mereka mahukan tidaklah di ketahui, tapi jika bertanya pada mereka macam-macam punya bersih ada

Manakala lagi satu kumpulan pula adalah kumpulan berbaju merah yang mempertahankan kerajaan dan perlembagaan yang telah berjanji akan menghalanga gerakkan si baju kuning dari terus membuat kerenah mengikut sesuka hati mereka yang berlindung atas nama kebebasan berhimpun secara aman, tetapi ternyata himpunan mereka tidak pernah pun berakhir dengan aman, jika tidak berdepan dengan polis mereka telah merosakkan ekonomi peniaga kecil kerana pelanggan terganggu dengan kesesesakan di kawasan perniagaan yang ratanya adalah Melayu.

Jika dihitung bangsa tenyata hampir 97% mereka yang berbaju kuning adalah orang Melayu begitu juga dengan Kumpulan merah mereka juga terdiri dari 99% Melayu, jika mengikut perlembagaan Malaysia, Melayu itu beragama Islam, Kiblat yang satu, kalimah yang Satu, Allah yang Satu, Rasul yang Satu, tetapi cuma berbeza idiologi politik sahaja membuatkan mereka sanggup dipisahkan dan hilang silatulrahim.

Kita tidak mahu menyalahkan mana-mana pihak tetapi salah satu dari kumpulan tersebut perlu di salahkan, jika tidak kerana biadapnya sibaju kuning melangar perlembagaan maka tidak akan ujudnya sibaju merah yang mempertahankan perlembagaan, jika sibaju kuning bijak mengunakan hak mereka sudah pasti si baju merah tidak akan berhimpung menghalang, kerana ternyata himpunan baju kuning tidak pernah mendapat restu dari pihak keselamaan.

Sibaju merah bertindak atas desakkan dan cabaran yang dibuat oleh si baju kuning, mereka mencabar si baju merah untuk turut sama berhimpun dimana-mana sahaja tempat si baju kuning berhimpun, mereka tidak mencabar? jika tidak mencabar takkan mereka mahu berhimpun setelah di beri kata dua agar jangan berhimpun menyusahkan rakyat, tetapi bila mereka meneruskan juga tidak kah ini bererti mereka mencabar, bukankah Melayu itu pantang di cabar.

Atas arahan siapa kah kedua mereka ini bertindak, jika mereka mendakwa bahawa si baju merah bertindak atas arahan pemimpin UMNO dan dari ahli UMNO rasanya oleh diterima kerana UMNO parti yang terdiri dari orang Melayu, si baju kuning ini mewakili siapa? jika mewakili rakyat keseluruhannya, rakyat manakah yang mereka wakili.

Sebenarnya apa yang rakyat faham baju kuning di belakangi oleh badan politik pembangkang jika dilihat kepada mereka yang mengepalinya, kebanyakkan mereka adalah dari parti pembangkang yang mengunakan nama NGO Bersih, tetapi muka-muka mereka kebanyakkannya adalah dari parti politik pembangkang.

Melihat kepada gambaran yang dikirimkan hampir 100% yang bertembung antara Merah dan Kuning adalah Melayu, dimanakah kaum Cina, India dan Pribumi? sebagaimana dakwaan kumpulan baju kuning yang kononnya mewakili seluruh rakyat Malaysia.

Ternyata himpunan haram anjuran kumpulan kuning bukanlah mewakili rakyat Malaysia tetapi mewakili parti politik di Malaysia yang mungkin mendapat pembiayaan dari luar, jika tidak masakan mereka mahu melakukan seuatu yang tidak menguntungkan Bangsa Melayu, Negara Malaysia dan agama Islam, dimana untungnya kesemua tindakan mereka jika banyak merosakkan bukan sahaja harta benda tetapi hubungan sesama bangsa Melayu.

Syabas kepada kumpulan merah yang berjaya menyekat gerakan kumpulan kuning, yang paling penting semalam ketika umat Islam membaca doa akhir tahun mereka berhimpun untuk menunjukkan siapa yang gagah.

Salam Maal Hijrah.

Mengenai pengirim

Berikan komen anda

Anda mesti mendaftar masuk untuk memberi komen.