Kiriman pada: Fri, Feb 19th, 2016

Salleh Mengutuk Mereka Yang Percaya WSJ

Kongsi maklumat ini
Tags

dhkyKuala Lumpur – Menteri Komunikasi dan Multimedia, Salleh Said Keruak pada hari ini menegur rakyat Malaysia yang mempercayai versi cerita Wall Street Journal berkenaan dana RM2.6 bilion kepada Perdana Menteri Najib Razak.

Bercakap kepada pemberita di sini, beliau berkata, rakyat Malaysia telah menghina pejabat Peguam Negara, SPRM dan kedudukan Perdana Menteri jika mereka menolak pengesahan Peguam Negara Apandi Ali bahawa sumbangan itu datang daripada sumber Arab Saudi.

Salleh membalas kenyataan terkini Editor Kewangan WSJ yang mengatakan dana besar dalam akaun peribadi Najib tersebut datang daripada pelbagai syarikat yang berkaitan dengan 1MDB.

“Mengapa kita tidak mempercayai Peguam Negara dan SPRM, yang telah menyiasat kes tersebut secara berasingan?” tambah beliau.

“Jika kita tidak mempercayai mereka, ia adalah sama seperti menghina negara kita”.

Salleh berkata tuduhan WSJ tidak berasas. Beliau mendakwa dokumen yang digunakan dalam laporan akhbar yang berpengkalan di Amerika Syarikat itu telah diambil daripada sumber-sumber yang boleh dipersoalkan.

“Mengapa mereka masuk campur dalam hal dalaman kita? Jelas sekali mereka mempunyai agenda,” kata beliau.

“Najib adalah satu-satunya pemimpin yang sanggup disoalsiasat oleh SPRM dan Peguam Negara.

Perlu diingat bahawa beliau telah bersih daripada dakwaan yang dilemparkan kepada beliau.

Terdapat mereka yang cemburu di luar sana untuk menjatuhkan beliau.

Brown, dalam satu temuramah dengan ABC daripada Australia Jumaat lalu, tetap dengan laporan WSJ berkenaan derma dengan berkata, “Laporan kami selama berbulan-bulan telah menunjukkan bahawa wang tersebut tidak datang daripada Arab Saudi tetapi daripada syarikat-syarikat dan akaun bank yang berkaitan dengan 1Malaysia Development Berhad.”

Beliau berkata WSJ mempunyai ‘banyak bukti’ untuk menyokong dakwaannya dan menegaskan bahawa laporan mengenai isu itu masih belum dapat dipersoalkan.

Beliau mendakwa kerajaan Malaysia telah bertindak keras terhadap wartawan dan rakyat yang membincangkan tentang dana tersebut.

Beliau berkata siasatan yang dibuat oleh kerajaan luar boleh mendapatkan ‘hasil penemuan yang menarik di masa akan datang’’.

Walaubagaimanapun, salah satu daripada institusi asing yang menyiasat 1MDB – Pejabat Peguam Negara Switzerland (OAG) – telah mengatakan bahawa Najib bukan merupakan suspek.

OAG telah membuka prosiding jenayah Ogos lalu terhadap dua bekas pegawai 1MDB selepas didapati kemungkinan pelanggaran undang-undang Switzerland yang berkaitan dengan sogokan kepada pegawai asing, salah laku di pejabat awam, pengubahan wang haram dan salah urus jenayah.

Mengenai pengirim

Dipamirkan 1 komen
Sila nyatakan komen anda

Berikan komen anda

Anda mesti mendaftar masuk untuk memberi komen.