Kiriman pada: Thu, Mar 19th, 2015

Saman Kesalahan Nombor Pendaftaran Cecah RM80 Ribu

Kongsi maklumat ini
Tags

LIOWKuala Lumpur – Jumlah kutipan saman bagi kesalahan nombor pendaftaran kenderaan yang direkodkan dari 1 Nov 2014 sehingga 31 Jan lepas adalah RM810,300, kata Menteri Pengangkutan Datuk Seri Liow Tiong Lai.

Katanya sebanyak 12,161 saman dikeluarkan Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) dalam operasi khas di seluruh negara bagi tempoh tiga bulan itu.

“Tatacara dan garis panduan pemakaian plat nombor pendaftaran pada kenderaan dan spesifikasi plat nombor pendaftaran telah dinyatakan dengan jelas dalam Kaedah-Kaedah Pengangkutan Jalan (Pendaftaran dan Perlesenan) 1959,” katanya dalam jawapan bertulis.

Liow berkata demikian bagi menjawab pertanyaan Teresa Kok Suh Sim (DAP-Seputeh) yang ingin tahu bilangan kompaun yang telah dikeluarkan JPJ bagi kesalahan nombor pendaftaran.

Jelas Liow, pematuhan spesifikasi tersebut juga menjadi syarat bagi Kelulusan Jenis Kenderaan terhadap setiap model baharu kenderaan yang hendak didaftarkan di Malaysia.

Bagaimanapun, Liow berkata kerajaan akan mengkaji dan menambah baik peraturan nombor pendaftaran kenderaan sedia ada dari semasa ke semasa.

Mengenai pengirim

Berikan komen anda

Anda mesti mendaftar masuk untuk memberi komen.