Kiriman pada: Fri, Nov 18th, 2016

Sampai Bila Mahu Menjadi Boneka

Kongsi maklumat ini
Tags

sampaibilaAdalah sesuatu yang agak menghairankan jika parti PAS rela dan menurut kata serta mengikut telunjuk Mahathir yang mana pada suatu ketika dahulu beliaulah yang paling kuat menghina parti PAS dengan segala kata nista termasuk menuduh PAS sebgai sebuah parti yang tiada masa hadapan jika masih menggunakan nama Islam sebagai asas perjuangan mereka.

Mereka sepatutny sedar dan menjauhkan diri serta turut memaklumkan kepada rakan-rakan parti pembangkang yang lain bertapa jahatnya Mahathir yang begitu licik untuk memerangkap lawan dan kawannya walaupun kini telah dimamah usia, tetapi Mahathir perlu diberi perhatian terhadap segala tipu helahnya dalam berpolitik.

Orang PAS sudah pasti tahu bahawa walaupun lidahnya sentiasa mengungkap keprihatinan terhadap negara, tetapi di sebalik itu adalah perkara mencapai cita-cita pengukuhan terhadap dinasti kroninya sendiri yang tidak dapat diselindung dah mudah dihidu bagi mereka yang sedar akan permainan politik kotor Mahathir yang pernah di gelar Mahafiraun oleh gulungan penyokong penyokong reformasi.

Ahli PAS juga perlu disedarkan bahawa jangan mereka lupa akan peranan Mahathir didalam isu Memali yang menjadi perjuangan mereka selama ini dan untuk bersama Mahathir didalam menjatuhkan kepimpinan Dato’ Seri Najib bolehlah dianggapkan bahawa ahli PAS telah dpat melupakan kekejaman yang pernah di lakukan oleh Mahathir terhadap ahli parti berkenaan.

PAS perlu sedar kini Mahathir sedang menggunakan kepakarannya untuk memujuk ahli PAS yang masih bebal untuk turut serta menyertai demo Bersih sebagai batu tembok yang tak berakal yang sanggup dipergunakan sebagai perisai untuk mempertahankan dan menjaga keselamatan para kafir harbi yang menentang kerajaan Melayu Islam sendiri.

Team Mahathir kini sedang merancang himpunan untuk menjatuhkan Najib dengan mengambil alih peranan pemimpin Bersih seperti Marina dan Ambiga yang pernah berhimpun untuk menjatuhkan Mahathir dahulu dan parti pembangkang yang di ketuai oleh parti DAP kini sedang memperkudakan Mahathir untuk menarik orang Melayu untuk menjatuhkan kerajaan.

Orang PAS harus bertanya pada diri sendiri, sudah lupakah mereka kepada kekejaman Mahathir terhadap pemimpin ulung mereka termask Nik Aziz dan Anwar Ibrahim, mereka juga perlu bertanya kepada diri mereka sendiri mahukah mereka bersekongkol dengan seorang yang pernah menzalimi pemimpin mereka dahulu dan sampai bila ahli PAS hanya mahu menjadi boneka sahaja, selepas DAP kini PPBM pula yang mahu memperkudakan parti PAS.

Ahli PAS harus bertanya mengapa mereka relakan diri mereka diperbodohkan oleh Mahathir.

Mengenai pengirim

Berikan komen anda

Anda mesti mendaftar masuk untuk memberi komen.