Kiriman pada: Tue, Jul 14th, 2015

SapuraKencana Peroleh Kontrak AS$273 Juta Di India

Kongsi maklumat ini
Tags

fgjxfgKuala Lumpur – Anak syarikat milik penuh SapuraKencana Petroleum Bhd, Kencana HL Sdn Bhd, memperoleh kontrak dari Oil and Natural Gas Corporation Ltd bernilai kira-kira AS$273 juta (AS$1=RM3.80).

Dalam kenyataan kepada Bursa Malaysia, SapuraKencana berkata unitnya diberikan kontrak bagi Projek Fasa III Pembangunan Semula Selatan Mumbai Bertaraf Tinggi mengikut siap guna.

Skop kerja termasuk, namun tidak terhad, kepada kajian, rekebentuk, kejuruteraan, pemerolehan, fabrikasi, pengangkutan dan pemasangan, penyangkuk dan penjayaan tiga platform kepala telaga baharu, sepanjang 116 kilometer paip bawah laut dan 7.5 kilometer kabel bawah laut.

Ia juga merangkumi kerja-kerja pengubahsuaian platform sedia ada termasuk kerja-kerja pengapitan pada dua platform, kerja membaikpulih bawah laut pada tiga jaket dan kerja pemulihan cerucuk D1C.

Syarikat itu berkata perjanjian kontrak itu telah ditandatangan oleh kedua-dua pihak pada 27 Jun, 2015 di Mumbai, India, dengan keseluruhan projek dijangka disiapkan pada 30 April, 2017.

Mengenai pengirim

Berikan komen anda

Anda mesti mendaftar masuk untuk memberi komen.