Kiriman pada: Mon, Mar 16th, 2015

Saran Guna Bahan Lestari Untuk Rumah Mangsa Banjir

Kongsi maklumat ini
Tags

fadillahyusofKuala Lumpur – Menteri Kerja Raya Datuk Seri Fadillah Yusof menyarankan penggunaan panel komposit poliuretana yang ringan untuk membina rumah baharu mangsa banjir.

“Teknologi baharu ini akan menjimatkan masa pembinaan sebanyak 35 peratus dengan konkrit pratuang,” katanya kepada pemberita selepas memperkenalkan prototaip rumah oleh Lembaga Pembangunan Industri Pembinaan Malaysia (CIDB) dan Bayer MaterialScience.

Menurut Fadillah , projek yang merupakan hasil kerjasama CIDB dan Bayer MaterialScience itu adalah seiring dengan hasrat kerajaan untuk membina sejuta rumah mampu milik yang selesa untuk rakyat.

“Saya gembira melihat kerjasama yang kukuh antara kedua-dua pihak dalam menangani isu kekurangan perumahan,” katanya.

Fadillah juga menggesa CIDB dan Bayer MaterialScience mempromosikan penggunaan teknologi baharu itu di kawasan terjejas banjir.

CIDB berkata panel poliuretana mempunyai ciri-ciri penebat yang bagus, menjadikan rumah lebih cekap tenaga sekali gus menjimatkan bil elektrik selain mengurangkan kesan karbon.

Mengenai pengirim

Berikan komen anda

Anda mesti mendaftar masuk untuk memberi komen.