Kiriman pada: Thu, Jan 14th, 2016

SARAWAK AKAN KENA HUKUMAN BERAT KEPADA PEROSAK ALAM SEKITAR

Kongsi maklumat ini
Tags

gjgfKuching – Ketua Menteri Tan Sri Adenan Satem mengulangi amaran kepada pemusanah alam sekitar dan biodiversiti di negeri ini menerusi aktiviti pembalakan haram.

“Kita akan kenakan hukuman berat ke atas mereka yang mahu menoda alam sekitar dan biodiversiti kita yang perlu dibiarkan tanpa diganggu demi generasi masa depan kita,” katanya pada majlis makan malam bagi meraikan menteri kerajaan negeri dan exco yang bertanggungjawab dalam soal alam sekitar dari seluruh negara di Santubong Rabu malam.

Mereka berada di sini untuk bermesyuarat dengan Menteri Sumber Asli dan Alam Sekitar, Datuk Seri Wan Junaidi Tuanku Jaafar.

Adenan berkata rakyat negara ini perlu belajar untuk melihat sumber hutan cara pencinta alam lakukan iaitu sekadar berminat dengannya dan tanpa mahu mengeksploitasi nilai komersialnya.

Beliau gembira mendapati aktiviti pembalakan haram di negeri ini berkurangan dengan banyak sejak beliau memperkenalkan langkah pencegahan tegas dan penguatkuasaan lebih serius mengikut undang-undang sejak dua tahun lalu.

Kerajaan negeri tidak lagi mengeluarkan lesen baharu bagi ladang kelapa sawit untuk tujuan komersial tetapi sebaliknya mahu mewujudkan lebih banyak taman semula jadi.

Mengenai hutan semula jadi dan program pemuliharaan biodiversiti Borneo, Adenan berkata beliau juga tidak akan memperbaharui lesen kepada syarikat pembalakan berdekatan kawasan tersebut.

Mengenai pengirim

Dipamirkan 1 komen
Sila nyatakan komen anda

Berikan komen anda

Anda mesti mendaftar masuk untuk memberi komen.