Kiriman pada: Sat, Feb 20th, 2016

Sarawak komited bantu kurangkan beban rakyat

Kongsi maklumat ini
Tags

ADENAN / SEJIWA SENADASARIKEI: Ketua Menteri, Tan Sri Adenan Satem, berkata kerajaan negeri sedang meneliti beberapa lagi inisiatif bagi membantu mengurangkan beban kos sara hidup rakyat, sekali gus menawarkan suasana penghidupan yang lebih kondusif untuk mereka. Katanya, ia termasuk meneliti beberapa kaedah bersesuaian bagi memansuhkan cukai tanah, selain menyalurkan lebih banyak program pembangunan di kawasan pedalaman dan luar bandar di seluruh negeri. Adenan berkata, pada masa yang sama beliau akan mengadakan perbincangan dengan kepemimpinan Persekutuan supaya hak pelaksanaan akta setem hasil dapat dikembalikan kepada kerajaan negeri. “Kita mahu masalah ini diselesaikan segera. Ini penting untuk memastikan nasib rakyat Sarawak terbela. “Kita tidak mahu rakyat negeri ini dibebani oleh kenaikan harga barang dan kos hidup yang semakin meningkat, ” katanya ketika merasmikan Program Sejiwa Senada 2016 – Bahagian Sarikei, di sini sebentar tadi. Adenan turut meluluskan peruntukan RM3.5 juta untuk menaiktarafkan Stadium Sarikei. Kira-kira 30,000 penduduk dari sekitar bahagian itu menghadiri program berkenaan yang diadakan khusus oleh kerajaan negeri untuk mendekati rakyat.

Mengenai pengirim

Dipamirkan 1 komen
Sila nyatakan komen anda

Berikan komen anda

Anda mesti mendaftar masuk untuk memberi komen.