Kiriman pada: Mon, Jan 18th, 2016

Sarawak Masih Jadi Deposit Tetap BN

Kongsi maklumat ini
Tags

jlgcSHAH ALAM – Penganalisis politik melihat Sarawak masih mampu menjadi deposit tetap kepada BN dalam pilihanraya umum akan datang (PRU).

Pensyarah Fakulti Sains Sosial, Universiti Malaysia Sarawak (Unimas), Prof Madya Dr Jeniri Amir berpandangan, dalam pilihanraya negeri (PRN) akan datang itu juga nanti, BN diyakini mampu memenangi dua pertiga kerusi.

“Sementara sokongan terhadap BN di semenanjung itu terjejas, saya masih percaya Sarawak akan tetap muncul sebagai negeri yang dapat menyelamatkan BN dalam PRU akan datang.

“Dalam PRN ini, kita akan dapat melihat BN dengan mudah akan mendapat dua per tiga malah mengukuhkan pencapaiannya,” katanya kepada Sinar Online.

Hari ini, Ketua Menteri Sarawak, Tan Sri Adenan Satem membayangkan beberapa kali bahawa PRN negeri itu akan diadakan pada Mac ini.

Mengulas lanjut, beliau menyentuh soal sokongan kepada DAP di Sarawak yang dilihat agak ketara.

“DAP khususnya tidak dapat meluaskan pengaruhnya. Pengaruhnya hanya di bandar.

“Sedangkan di luar bandar itu boleh dikatakan masih kubu kuat BN kerana dua per tiga kerusi itu berada di luar bandar di Sarawak ini,” katanya.

Mengenai pengirim

Berikan komen anda

Anda mesti mendaftar masuk untuk memberi komen.