Kiriman pada: Wed, Feb 10th, 2016

‘Saya Ada Bukti, Fakta Ahli Amanah Kembali Sokong Pas’

Kongsi maklumat ini
Tags

xjkKUALA LUMPUR – Setiausaha Agung Pas, Takiyuddin Hassan berkata beliau mempunyai bukti ada ahli Parti Amanah Negara (Amanah) yang mengubah haluan menyokong perjuangan Pas.

Mengulas kenyataannya berhubung perkara itu baru-baru ini, Takiyuddin meminta kepimpinan Amanah untuk menyiasat sendiri perkara itu kerana beliau tidak akan mendedahkan nama-nama individu yang terlibat.

“Saya sebut (ada anggota Amanah sertai Pas semula) itu sebab saya ada fakta.

Mereka datang jumpa saya baru-baru ini. Ada beberapa orang. Kami berbincang dan berbual. Mereka telah salah faham dengan perjuangan Amanah.

“Walaupun berbeza pandangan parti politik dengan individu tersebut, namun kami boleh duduk semeja, berbual dan berbincang pelbagai perkara termasuk perjuangan kedua-dua parti.

“Amanah perlu siasat sendiri siapa mereka. Saya tidak bertanggungjawab untuk mendedahkannya,” katanya.

Presiden Amanah Mohamad Sabu ketika ditemu ramah satu portal online berkata beliau tidak mempunyai maklumat tersebut, manakala Pengarah Komunikasi Amanah, Khalid Samad mencabar Takiyuddin mendedahkan nama-nama individu yang terlibat.

Takiyuddin ketika ditanya sama ada individu yang menemuinya itu perlu atau telah mengisi borang keahlian Pas semula, ahli Parlimen Kota Bharu itu berkata perkara tersebut bergantung kepada status keahlian mereka.

Mengenai pengirim

Dipamirkan 1 komen
Sila nyatakan komen anda

Berikan komen anda

Anda mesti mendaftar masuk untuk memberi komen.