Kiriman pada: Sun, Jul 5th, 2015

Saya Akan Ambil Tindakan Dalam Beberapa Hari Lagi

Kongsi maklumat ini
Tags

sfagsSemenyih – Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak berkata beliau akan membuat keputusan dalam masa beberapa hari mengenai bentuk tindakan yang akan diambil berhubung tuduhan kononnya kira-kira US$700 juta (RM2.6 bilion) daripada dana 1MDB telah disalurkan ke dalam akaun peribadinya.

Katanya perkara tersebut telah dirujuk kepada barisan peguam beliau untuk mendapatkan nasihat dan bentuk tindakan susulan dari segi perundangan dan sebagainya yang boleh diambil di dalam serta luar negara.

“Insya-Allah, saya akan membuat keputusan dalam masa beberapa hari apa tindakan selanjutnya yang akan saya ambil berhubung dakwaan yang cukup jahat ini.

“Saya merujuk kepada tuduhan jahat yang telah dibuat terhadap saya kononnya saya telah songlap atau mencuri US$700 juta daripada 1MBD dan memasukkan duit tersebut ke dalam akaun peribadi saya,” katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang media sempena Majlis Iftar Rakyat Negeri Selangor bersama Perdana Menteri di Masjid Bandar Rinching

Mengenai pengirim

Dipamirkan 1 komen
Sila nyatakan komen anda

Berikan komen anda

Anda mesti mendaftar masuk untuk memberi komen.