Kiriman pada: Tue, Jan 10th, 2017

Saya Bantu Siasatan SPRM

Kongsi maklumat ini
Tags

Ayer Keroh – Kehadiran sepasukan anggota Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) ke pejabat Ketua Menteri Melaka di Seri Negeri, semalam bertujuan merakamkan percakapan membabitkan kes pegawai kanan kerajaan negeri, bulan lalu.

Ketua Menteri, Datuk Seri Idris Haron, berkata ia juga bagi menyempurnakan siasatan ke atas beberapa pegawainya yang ditahan dan disiasat.

“Sebagai Ketua Menteri, saya mempunyai pengetahuan dan peranan dalam memberi maklumat diperlukan SPRM bagi membantu siasatan.

“Mengikut dasar kerajaan negeri, sesiapa yang menandatangani ikrar integriti, mana-mana pegawai mengamalkan rasuah di Melaka tidak ada tempat di negeri ini, jadi kita bantu siasatan SPRM,” katanya.

Beliau mengulas laporan muka depan sebuah akhbar berbahasa Inggeris hari ini berhubung laporan Ketua Menteri Melaka disoal siasat SPRM.

Terdahulu, Idris menghadiri Majlis Penyampaian dan Amanat kepada Ketua Jabatan Agensi Kerajaan Negeri di Pusat Dagangan Antarabangsa Melaka (MITC).

Mengenai pengirim

Berikan komen anda

Anda mesti mendaftar masuk untuk memberi komen.