Kiriman pada: Fri, Jan 15th, 2016

‘Saya doakan kebahagiaan mereka’

Kongsi maklumat ini
Tags

dhkjBEBERAPA hari lalu, aktor popular Shaheizy Sam bersama pasangannya Syatilla Melvin akhirnya berkongsi perancangan pernikahan pada 8 Februari depan biarpun pada awalnya pasangan ini menafikan hubungan percintaan mereka.

Rata-rata peminat memberikan respons yang positif mengenai berita tersebut dan ada juga yang tidak sabar melihat artis kesayangan mereka itu menamatkan zaman bujangnya tambahan pula ia bakal menjadi majlis Wedding Of The Year dengan tajaan RM25 juta.

Tidak ketinggalan mendoakan kebahagiaan pasangan ini adalah bintang sensasi, Nur Fazura Sharifuddin, 32, yang sebelum ini pernah dikaitkan bercinta pelakon filem Polis Evo itu.

“Saya gembira bila dapat mengetahui berita baik itu. Saya mendoakan Sam dan Syatilla akan hidup dengan bahagia sehingga ke anak cucu,” katanya ketika ditemui pada sidang media pelancaran album Sepenuhnya dari Estranged kelmarin.

Tambah Fazura, tidak ada sebab untuk dirinya bersedih apabila menerima berita perkahwinan itu.

“Ini semua ketentuan dan saya menerimanya dengan baik. Mungkin ramai yang mahukan saya bersedih tapi saya tidak seperti itu. Saya bukan untuknya dan dia juga bukan untuk saya, jadi saya terima malah saya gembira untuknya,” ujarnya.

Pada masa yang sama, Fazura turut mengakui dirinya sudi hadir ke majlis perkahwinan itu jika menerima undangan daripada pasangan tersebut.

“Saya akan hadir jika mereka mengundang saya untuk sama-sama meraikan majlis itu,” ujarnya ringkas.

Ditanya soal jodoh, Fazura mengakui sudah bersedia mendirikan rumah tangga namun, menyerahkan soal itu pada takdir.

“Buat masa ini saya masih belum ada sesiapa dalam hidup tapi saya dapat rasakan jodoh sudah semakin hampir. Saya berharap peminat juga mendoakan yang terbaik untuk saya. Buat masa ini saya masih bersyukur dengan apa yang diberikan ALLAH kepada saya,” katanya sebelum mengakhiri perbualan.

Dalam perkembangan terbaharu, selain sibuk dengan perniagaan dan mempromosi filem Langit Cinta, pelakon Manisnya Cinta Di Cappadocia ini tampil dengan lagu duet Hancur Aku bersama kumpulan Estranged.

Mengenai pengirim

Dipamirkan 1 komen
Sila nyatakan komen anda

Berikan komen anda

Anda mesti mendaftar masuk untuk memberi komen.