Kiriman pada: Tue, Jul 28th, 2015

Saya Terima Keputusan PM Gugurkan Saya Daripada Kabinet

Kongsi maklumat ini
Tags

28muhyid3.transformed_0KUALA LUMPUR: Tan Sri Muhyiddin Yassin akur dan menerima dengan hati terbuka keputusan penggugurannya dalam rombakan Kabinet hari ini diumum Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak. “Saya menerima keputusan Perdana Menteri untuk menggugurkan saya daripada Kabinet dengan hati yang terbuka. Saya menghormati kuasa prerogatif Najib untuk melantik dan menggugurkan mana-mana anggota kabinet. “Sebagai Timbalan Perdana Menteri, saya sudah terbabit secara langsung dalam pembuatan dasar kerajaan dan melaksanakan tugas yang dipertanggungjawabkan kepada saya dengan penuh amanah.

“Selama saya berkhidmat, saya sentiasa mendokong semua dasar kerajaan dan menyokong kepimpinan Perdana Menteri,” katanya dalam satu kenyataan. Cuma menurut beliau, berkenaan isu 1Malaysia Development Berhad (1MDB), beliau mempunyai prinsip dan pendirian sendiri dalam mempertahankan hak rakyat, nama baik parti dan kepentingan negara. “Jika kerana pendirian saya dalam isu ini menyebabkan saya digugurkan daripada kabinet maka saya redha,” katanya.

Beliau yang juga Timbalan Presiden UMNO, akan terus melaksanakan amanah dipertanggungjawabkan dan mencurahkan khidmat bakti demi memperkukuh parti itu serta mengembalikan keyakinan orang Melayu dan rakyat kepada UMNO. Saya akan sentiasa setia kepada perjuangan UMNO,” katanya. Beliau turut mengucapkan terima kasih Perdana Menteri kerana memberi peluang kepadanya untuk berkhidmat dalam pentadbiran kerajaan persekutuan sebagai Timbalan Perdana Menteri bermula 10 April 2009.

“Saya juga mengucapkan terima kasih kepada semua ketua-ketua jabatan, pegawai-pegawai kerajaan, pemimpin pertubuhan bukan kerajaan dan semua pihak yang menyokong sepanjang saya menjalankan tugas sebagai Timbalan Perdana Menteri,” katanya.

Mengenai pengirim

Berikan komen anda

Anda mesti mendaftar masuk untuk memberi komen.