Kiriman pada: Sun, Jul 5th, 2015

Saya Tidak Akan Khianat Rakyat Dan Harta Benda Negara

Kongsi maklumat ini
Tags

DATUK SERI NAJIB TUN RAZAKSemenyih – Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak menegaskan beliau selaku perdana menteri yang dipilih rakyat tidak akan sesekali mengkhianati rakyat dan harta benda negara ini.

Beliau berkata pihaknya tidak akan membenarkan anasir luar untuk menggugat dan menjatuhkan kepimpinan UMNO dan Barisan Nasional (BN) yang dipilih oleh rakyat, sesuka hati mereka.

“Ini merupakan janji saya,” katanya ketika berucap pada majlis Iftar Rakyat Negeri Selangor Bersama Perdana Menteri di Masjid Bandar Rinching.

Datuk Seri Najib berkata beliau telah menjadi mangsa serangan di media sosial bertubi-tubi kebelakangan ini termasuk menuduhnya ‘songlap’ sejumlah wang ke dalam akaun peribadinya.

“Sehari dua ini, mereka telah membawa macam-macam berita. Saya telah menjadi mangsa kepada serangan mereka secara bertubi-tubi kononnya saya songlap duit yang besar.

“Saya berterima kasih kerana ramai juga menyatakan bahawa mereka tidak percaya (songlap duit),” katanya.

Datuk Seri Najib juga berkata pembangkang telah menggunakan media sosial memainkan isu bagi mengubah persepsi rakyat terhadap kerajaan dan pemimpin BN.

Beliau berkata media sosial kini bukan lagi mencari kebenaran tetapi membawa berita terkini tanpa mengira ketepatan dan kesahihan laporan yang disiarkan.

“Matlamatnya bukan untuk mendedahkan kebenaran tetapi untuk mengubah persepsi rakyat terhadap kerajaan dan pemimpin.

Mengenai pengirim

Dipamirkan 1 komen
Sila nyatakan komen anda

Berikan komen anda

Anda mesti mendaftar masuk untuk memberi komen.