Kiriman pada: Tue, Jul 7th, 2015

Saya Tidak Akan Khianati Rakyat, Negara, Tegas Najib

Kongsi maklumat ini
Tags

DATUK SERI NAJIB TUN RAZAKBesut – Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak menegaskan beliau tidak akan mengkhianati rakyat dan negara dan akan berusaha mencari jalan kebenaran dalam menangkis segala tuduhan dilemparkan terhadap kepimpinannya.

Datuk Seri Najib berkata beliau berterima kasih terhadap sokongan diberikan oleh pemimpin UMNO dan juga oleh pemimpin tertinggi PAS, Mursyidul Am PAS Datuk Haron Din yang menjelaskan tuduhan dalam isu 1Malaysia Development Berhad (1MDB) itu sebagai tidak masuk akal.

“Saya tidak akan khianati rakyat. Saya akan cari (jalan) untuk tegakkan kebenaran, bertenang, kebenaran akan terbukti,” katanya ketika berucap pada majlis perasmian Sekolah Menengah Imtiaz Yayasan Terengganu Besut dan Pelancaran program Al-Syahadah Al-Ulya Ulul Albab.

Beliau menyeru rakyat untuk bertenang serta bersatu dalam menangkis segala tuduhan terhadap kerajaan dan pemimpin negara walaupun mereka berbeza dari segi fahaman politik.

Menurutnya untuk membina sebuah tamadun yang maju, rakyat sesebuah negara itu tidak seharusnya berpecah-belah.

Mengenai pengirim

Berikan komen anda

Anda mesti mendaftar masuk untuk memberi komen.