Kiriman pada: Sun, Aug 2nd, 2015

‘Saya Tidak Akan Turun Sebagai Presiden Umno’

Kongsi maklumat ini
Tags

DATUK SERI NAJIB TUN RAZAKMelaka – Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak menegaskan beliau tidak akan turun sebagai Presiden UMNO kerana tiga juta anggota parti itu teguh berdiri di belakangnya.

Beliau berkata sebagai seorang yang dipilih melalui prinsip demokratik berdasarkan perlembagaan parti yang baharu, beliau perlu diberi ruang bagi berkhidmat dengan cara terbaik untuk UMNO dan rakyat.

“Berkat dari sokongan UMNO yang saya rasa masih jitu dan ampuh, suara seorang suruh saya turun, saya tidak akan turun sebab tiga juta ahli UMNO ada bersama saya.

“Bukan saya angkuh tetapi saya telah dipilih (sebagai Presiden UMNO) jadi jangan ganggu saya melakukan yang terbaik.

“Ada kata saya tidak bijak kerana buang sistem kuota untuk bertanding presiden parti, tetapi saya mahu parti kita lebih inklusif lebih demokratik maka saya serah kepada ahli UMNO tentukan,” katanya ketika berucap merasmikan Mesyuarat Perwakilan UMNO Bahagian Kota Melaka di Bandar Hilir.

Turut hadir Ketua Menteri Melaka Datuk Seri Idris Haron yang juga Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Melaka; Ketua Pergerakan Puteri UMNO Datuk Mas Ermieyati Samsudin; dan Ketua Bahagian UMNO Kota Melaka Datuk Abdul Latiff Tamby Chik.

Datuk Seri Najib berkata anggota UMNO perlu memberikan sokongan kepada dirinya bukan kerana sebab peribadi, tetapi kerana beliau adalah Presiden UMNO.

“Sokongan kepada saya bukan kerana saya Najib bukan kerana sebab peribadi, sokongan kuat perlu diberi kepada Presiden UMNO kerana tidak boleh ada Presiden UMNO yang lemah untuk pastikan parti kita terus berjaya,” katanya.

Mengenai pengirim

Berikan komen anda

Anda mesti mendaftar masuk untuk memberi komen.